Pelakon Jasmin Hamid berkongsi berita sedih apabila nenek kesayangannya yang digelar Opah telah meninggal dunia kira-kira jam 1:30 pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan pelakon senior terbabit menerusi Instagram.

Nenek Jasmin Hamid Meninggal Dunia. Al-Fatihah

“Innalillahiwainnaillahirojiun. ALLAHUMMAGHFIRLAHA WARHAMHA WA’AFIHI WA’FUANHA.

“Satu-satunya OPAH yang saya ada dan kesayangan saya, telah menemui penciptaNYA sebentar tadi 14 Jan 2020 jam 1.30 am. 

IKLAN

“Mohon pada anak cucu dan saudara mara datang menziarah jenazah arwah di Sungai Buaya, Rawang.

“Mohon doakan juga untuk Arwah Opah saya agar di ampunkan segala dosanya, mendapat Husnul Khatimah dan di tempatkan di dalam syurgaNYA tanpa HISAB,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti turut memberikan respon sedih diatas perkongsian tersebut.

IKLAN

Nenek Jasmin Hamid Meninggal Dunia. Al-Fatihah

Kami di MH merakamkan takziah buat Jasmin sekeluarga  dan semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.

Dalam perkembangan lain, Jasmin sibuk dengan pengambaran drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang akan bermula pada hari pertama Ramadan April ini.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI