Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram yang dikemas kini.
Difahamkan, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah kini sedang bercuti sehari dan berada di kampungnya di Kota Kinabalu, Sabah.
Kongsi Bella, neneknya sedang sakit dan sedang mendapatkan rawatan di Queen Elizabeth Hospital, Sabah.
“Eventho 1 hari jak cuti tapi dapat balik kampung melawat nenek saya is the best feeling ever!
“Doakan my beautiful lola cepat sembuh Mahal na mahal kita lola, get well soon pls,” tulisnya.
Di samping itu, bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu mohon doa daripada peminat agar neneknya kembali sihat seperti sedia kala.
Dalam pada itu, peminat turut memuji Bella yang yang sangat bersikap sangat prihatin terhadap ahli keluarganya meski sibuk dengan kerjaya.
MH mendoakan agar kesihatan nenek Bella kembali sihat secepat mungkin.
Foto : Instagram Bella Astillah