Berdebar menantikan sambutan penonton terhadap filem terbaharu arahannya, Ada Hantu 2, Hairul Azreen melakukan ‘stunt’ luar biasa atau boleh dikatakan buang tabiat dengan menuruni tangga secara berbaring dan bergolek.
Aksi spontan Hairul itu dirakamkan isterinya, Hanis Zalikha dan dikongsikan kedua-dua mereka di laman Instagram masing-masing.
Dalam video tersebut, Hairul turut bertanyakan kepada Hanis mengenai sambutan jualan tiket bagi filem tersebut.
“Esok filem saya keluar, sayang (panggilan buat Hanis). Orang tak beli tiket lagi ke?” soal Hairul disambut tawa kecil daripada Hanis yang terhibur melihat aksi ‘buang tabiat’ suaminya itu.
Ads
Ada Hantu 2 memasuki pawagam seluruh negara bermula hari ini merupakan filem sekuel kepada Ada Hantu yang diterbitkan pada 2011.
Ads
Selain mengarah, Hairul turut membintangi filem bergenre seram komedi ini bersama barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Fify Azmi dan Ikhram Juhari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hairul Azreen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ashraf Muslim memaklumkan jenazah arwah bapanya, Muslim Bulat telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Seksyen 9, Petaling Jaya pada petang Selasa.
Bapa kepada pelakon berusia 40 tahun itu telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.37 pagi Selasa di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas lapan hari bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.
Menerusi entri terkini di laman media sosial Instagram, Ashraf meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan melakukan solat jenazah arwah sehingga pengembumian selesai.
Dalam pada itu, Ashraf memberitahu bahawa dia kini reda dengan pemergian bapa tercinta.
“Pemergian ayah yang dirindui Semalam telah pergi seorang ayah yang membesarkan aku, sedih tak terkira hati ini.
“16 tahun dulu aku telah kehilangan seorang mak yang kusayang kali ini Allah ambil ayah pulak.
“Ada sebab kenapa Allah ambil mereka dulu. Ini adalah dugaan untuk semua. Banyak dipelajari dalam hidup ini, bertabahlah,” tulisnya.
Sambil menyatakan rasa rindu, Ashraf pada masa sama turut menyifatkan situasi yang berlaku tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
“Wahai hati.. terimalah dengan redha dgn takdir Allah swt. Ini adalah terbaik utk ayah walaupun pahit utk aku dan adik beradik tapi bg Allah ini adalah jalan terbaik untuk ayah.
“Alhamdulillah, dari kelantan all the way sempat sampai ppum dan dapat solatkan utk ayah, bersama seketika dengan ayah sehingga ke liang lahad, syukur buatku.
“Pengalaman ini takkan ku lupa sampai mati. Along rindu ayah, banyak perkara Along nak buat ngn ayah tapi tak kesampaian. Ralat dihati ini.
“Tapi Aku faham , Allah yang tetapkan segala-galanya. Nak kata rindu mmg rindu gila lah.. mana taknya orang yg kita sayang dalam masa yg singkat tiba-tiba hilang dari pandangan kita kan. Allahuakbar.
“Ayah.. miss you so much. Along akan jaga adik2 dengan baik. InsyaAllah.. Allah akan tempatkan ayah bersama mereka yang beriman,” tulisnya lagi.
Sebelum ini, Aahraf pernah memaklumkan tahap kesihatan bapanya semakin merosot selepas jantung dan beberapa organ dalamannya telah rosak akibat jangkitan Covid-19.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usanita Sdn Bhd mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang kepada pengunjung Starhill Bukit Bintang, dalam program Kita Merdeka bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Program yang berlangsung di perkarangan Starhill pada Rabu itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Prof. Dato Sri Dr. Hasan dan Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan (Hot FM, Kool 101 dan Digital), Shah Hayatudin yang bertindak sebagai rakan strategik.
Majlis yang bermula sekitar 9 pagi itu turut dimeriahkan oleh Perintis Usanita yang merupakan usahawan hebat di bawah kelolaan Usanita.
Menurut Adzliana, tujuan utama program Kita Merdeka dibuat adalah untuk meningkatkan kesedaran dan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
“Pertama sekali Usanita amat berterima kasih pada pihak Starhill kerana telah menaja lokasi program ini.
“Cadangan program ini tercetus sebaik tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 diumumkan iaitu Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
“Jadi kami tampil dengan inisiatif mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang kepada pengunjung di sekitar Starhill tanpa mengira kaum, agama atau bangsa sebagai langkah kecil untuk menanam rasa kecintaan kepada negara tercinta,” katanya.
Menurut Adzliana, inisiatif yang dibuat antara lain bertujuan untuk menyatupadukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
“Selain mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang, pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti cabutan bertuah, pemberian aiskrim Malaysia secara percuma serta program santai bersama rakyat Malaysia yang berada di perkarangan Starhill ini sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 hari ini,”katanya.
Menyentuh mengenai kolaborasi bersama stesen radio Kool 101, Adzliana berkata Kool 101 bertindak sebagai medium penting dalam menyampaikan peranan, inisiatif, misi dan visi Usanita kepada masyarakat.
“Kerjasama bersama Kool 101 sudah berlangsung sepanjang tahun ini. Pihak kami begitu teruja dengan kolaborasi ini kerana Kool 101 bukan saja membantu dalam bidang keusahawanan tetapi bertindak dalam menyampaikan dasar atau inisiatif pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 tahun ini, Adzliana melihat golongan wanita semakin berani dan mampu berdiri sendiri dengan bekerja serta membina pendapatan dalam membantu ekonomi keluarga.
“Kemerdekaan bermaksud satu kebebasan yang mana negara sudah mencapai kemerdekaan dari aspek pembangunan, ekonomi dan perpaduan. Malah golongan wanita hari ini juga sudah ‘merdeka’ apabila mampu berdiri di atas kaki sendiri.
“Bagi saya, itu adalah satu kemerdekaan buat wanita apabila dapat membantu membangunkan ekonomi negara selain mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Hari ini wanita juga mampu berjaya, berdikari, berdedikasi dan gemilang,”katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous menzahirkan rasa syukur dan gembira apabila berpeluang sekali lagi khatam Al-Quran buat kali pertama pada tahun ini.
Aktres jelita berusia 39 tahun itu telah berkongsi kegembiraan itu bersama peminat menerusi satu perkongsian di akaun media sosial Instagram miliknya.
Tambahnya lagi dalam perkongsian tersebut, dia mahu mengabadikan kejayaannya itu sebagai satu kenangan buat dirinya.
“Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT selesai khatam yang pertama untuk tahun ini (simpan disini utk kenangan ),” tulisnya.
“Agak sedih… sedih itu bertimpa.”
Demikian kata maestro muzik, Datuk Ramli MS susulan pemergian dua figura muzik terkenal tanah air iaitu pakciknya, Datuk S.Atan dan...