Kemunculan pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina dalam rancangan komedi Sepahtu Reunion malam tadi cukup menghiburkan penonton.
Tiara mengakui bahawa dia berasa gemuruh apabila berlakon secara langsung bersama barisan pelawak popular itu.
“Siapa sempat tengok Ibu Tiaraningsih pemilik Warung Wesmangan dalam #SepahtuReunion tadi..
“Nervous gila tau, dah lama tak keluar TV ni. And I’ve never done comedy before, wasn’t sure what to even expect? Anyway thanks ya @astromalaysia @sepahtureunionliveofficial mengundang saya malam ni. I had so much fun!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tiara yang sinonim dengan watak
Puteri Gunung Ledang (2014) berasa teruja dapat bergandingan dengan pelawak hebat seperti Jep,Illya,Shuib dan Rahim.“First time jumpa dengan @rahimr2 @jepsepahtu @illya_senario @shuibsepahtu.
“First time berlakon komedi setelah 20 tahun (last sekali Pi Mai Tang Tu zaman purba dulu). Nervous gila sepanjang hari, tak boleh fokus kerja di ofis tadi!,” tulisnya.
Lalu,netizen terhibur dengan persembahan Tiara yang memegang watak sebagai wanita Indonesia.
Bukan itu sahaja, pelakon Siti Elizad juga turut menghiburkan penonton dalam siri komedi tersebut.
Foto: IG Tiara