Bagi anda yang pernah menonton filem Tentang Bulan, sudah pasti mengenali dua pelakon filem terbabit yang kini sudah dewasa, Fatin Afeefa dan Erin Malek.
Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya, beberapa minggu lalu.
“Good night,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen gambar tersebut, seorang individu ada meninggalkan komen terhadap ibu dua orang cahaya mata itu dan dilihat membandingkannya dengan rakan pelakon, Erin Malek.
“Mmmm…..nmpk lain…..rmbut tu leh je kan ttup bhgian dada tu…cam x sopan je nmpk…hmmm ttup la aurat skit…tdung dh x pkai…nk tayang dada plak.
“Btw, skang i ske erin malik…sopan sntun n mnutup aurat,” tulis individu itu di ruangan komen foto tersebut.
Lantas, pelakon berusia 25 tahun itu telah membalas komen bekenaan apabila komen terdahulu turut mendapat reaksi seorang pengguna lnstagtam lain.
“sayangku please dont compare or backbite here. she’s free to do whatever she wants, asalkan dia happy. dia pun kawan baik i..,” balas Fatin.
Tentang Bulan pernah ditayangkan pada tahun 2006, menggandingkan Fatin dan Erin bersama beberapa pelakon lain.
Foto: Instagram Fatin Afeefa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akhirnya Misteri Terungkai, Pengasuh Abby Abadi Memang Kemalangan, Cuma “Orang Lain Yang Balas Mesej Semalam.”
Susulan daripada kejadian pengasuh Abby Abadi yang hilang tanpa khabar berita sejak semalam, bekas anggota Elita ini akhirnya memaklumkan pengasuhnya kini sudah ditemui.
Malah, Abby turut mengesahkan berita kemalangan yang diterima adalah sahih.
Bagaimanapun, keadaannya tidak serius sehingga memerlukan imbasan X-ray.
Malah, Abby turut menjelaskan telefon bimbit kepunyaan pengasuh yang dikenali sebagai Azieah turut hilang.
“Azieah ohhhhhh Azieah. Ye betul Azieah accident, tak tahu la kelmarin ke semalam, cuma taklah teruk sampai kena xtray bagai.
“Dia masih di kampungnya, nk berehat dulu katanya.
“Hp dia hilang, jadi maknanya org lain yg balas msg sy semalam,” tulis Abby dan menyertakan bersama foto Azieah.
Foto tersebut turut merakamkan beberapa bahagian badan Azieah mengalami luka kecil.
Mendapat pelbagai komen netizen sebelum ini, bintang Gerak Khas itu memohon agar semua pihak berhenti membuat spekulasi.
Sebaiknya, mendoakan agar pengasuhnya segera sembuh.
“Dia kata dia malu baca komen org tulis mcm2 pasal dia. Dia bukan mcm tu. Jadi korang baik minta maaf. Dosa bersangka2 tau.
“Kiranya selesai kes ini ye. Minta berhenti berspekulasi. Doakan Azieah cepat sembuh dan baik2 saja ye.
“Ps: Fi Hifzillah Azieah,” maklumnya menerusi Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Syukur semuanya selamat.
Foto : Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekarang Ni Rafael Dijaga Oleh Nenek Dia. Taklah Mawar Risau Sangat Kat Tempat Kerja…,” – Mawar Rashid
Bagi setiap insan yang bergelar ibu, sudah pasti akan merasai sedih apabila berpisah dengan anak walaupun seketika.
Maklum pelakon Mawar Rashid, dia kini telah kembali ke set lakonan selepas anak pertamanya itu berusia 7 bulan.
Lalu, pelakon berusia 24 tahun ini berkongsi cerita apabila dirinya terpaksa berpisah seketika dengan anaknya untuk melakukan pengambaran drama menerusi Instagramnya baru-baru ini.
“Perasaan ibu yang bekerja…Boleh ke ibu2 bekerja yang terpaksa tinggalkan anak share your feelings and experience? Mawar nak baca jugak.
“So this is what I feel and my experience. Seriously speaking, lepas gave birth to Rafael Mawar tak pernah letak timing bila nak start shooting balik. Pastu Alhamdulillah masa Rafael masuk 7 bulan, Mawar dah start dapat offer.
“So Mawar pun start lah shooting. Sekarang ni Mawar tengah shoot drama #TQCaptain untuk slot #MegaDrama.
“Honestly, bila hari2 ngan baby, pastu kene tinggal dia pagi sampai malam memang akan sedih…balik2 je, kadang2 dia da tido da, tak sempat nak main. Sedih sebab tak dapat monitor anak depan mata, sedih tak dapat guide anak dengan sentuhan/cara kita.
“Tapi syukur alhamdulillah, nasib baik mummy/abai Mawar ada. Sekarang ni Rafael dijaga oleh nenek dia. Tak de la Mawar risau sangat kat tempat kerja..
“My experience, Mawar happy sangat walaupun kurang waktu ngan is Raden kecik ni, bila dia tengok mommy die, memang susah dia nak lepas. Pastu kerja as a pelakon kan memang kita kerja pagi sampai malam almost hari2 lagi2 kalau watak heroin, so cuti tu memang once in a while je.
“So bila cuti je, memang nak ada quality time with Raden Siam ni. Kalau boleh cuti je nak bawa dia pergi mana2 best2. So sekarang ni, mommy tengah shoot kat Kuantan, Rafael happy sangat dapat ikut mommy.
“Boleh chill2 kat hotel ngan Abai dia.. #MawaRadens #ProudMommy Baju mommy from @uniqlomyofficial Baju Rafael from @mothercaremalaysia,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.
Difahamkan, Mawar kini sibuk di lokasi sebuah drama episod di samping Hisyam Hamid.
View this post on InstagramA post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Seriously Suka Sangat Tengok Pasangan Ni.,”- Kemesraan Eira Syazira-Azad Jasmin, Peminat Doa Kekal Hingga Jannah
Terbaru pelakon Eira Syazira telah memuat naik satu video ketika dia bermesra bersama suaminya, Azad Jasmin di akaun Instagram miliknya.
“Because of YOU, I laugh a little harder, cry a little less, and smile a lot more. Alhamdulillah” tulis pelakon tersebut.
Lantas video itu menarik perhatian peminat kerana kemesraan Eira dan suaminya. Malah netizen juga memuji kepada suami Eira yang bersikap penyayang.
Lalu peminat juga turut mendoakan kepada pasangan ini supaya kekal ke akhir hayat.
Alahai, bukan main sweet lagi Eira dan suami. MH mendoakan semoga pasangan ini kekal berbahagia.
Video : Instagram Eira Syazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI