Gara-gara memuat naik satu rakaman video ketika sedang menikmati Nasi Arab, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin telah menerima satu komen negatif daripada netizen.
Dalam tangkap layar dimuat naik, individu berkenaan menempelaknya dengan mengatakan Mila bersikap kurang sopan kerana telah mengunakan tangan kiri ketika makan.
“kalau yea pon sedap..mkn lah pakai tgn kanan..Apa pon sy ucapkan selamat maju jaya..,” tulisnya.
Lantas, Mila telah memberi respon terhadap komen yang ditulis oleh individu berkenaan.
Menurut penyanyi lagu Persis Mutiara ini, perkara tersebut berlaku oleh kerana dirinya telah mengunakan kamera hadapan di telefon pintarnya.
Lalu, imej yang dirakam memperlihatkan dirinya sedang makan mengunakan tangan kiri.
“takkan lah saya nak hilang akal nak guna tangan kiri…camera kan mirror image…
“cuba tuan makan ambik video lepastu tengok tangan kiri ke kan??,” balas Mila.
Sebelum ini, pemilik nama lengkap Nursyarmilla Jirin ini tidak lagi bergiat aktif dalam nyanyian kerana beri fokus terhadap beberapa perniagaan yang diusahakan.
Foto: Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Menjadi Lebih Positif, Terbuka,” – Lufya Omar Ambil Keputusan ‘Potong Usus’, Ini Sebab Dia Berbuat Demikian
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar menjelaskan keputusannya untuk melakukan pembedahan bariatrik awal November lalu bukanlah bertujuan untuk tampil cantik atau mencari jodoh semata-mata.
Sebaliknya, ia dilakukan demi mengembalikan kesihatan yang sekaligus menjadikan dirinya lebih positif.
“Apabila kembali sihat dan dapat menurunkan berat badan melalui cara pembedahan (bariatrik) ini, saya menjadi lebih positif dan terbuka.
“Apa yang boleh saya katakan, rasa lebih gembira sebab apabila melihat kepada hasilnya, status kesihatan jadi okay dan saya lebih aktif.
“Malah asma yang pernah membuatkan saya jadi lemah sebelum ini sudah hilang. Jadi saya rasa lebih baik, positif.
“Pada masa sama sudah tentu sebagai seorang wanita, kita pun mahu tampil dengan figura yang ideal,” katanya.
Lufya pada masa sama mendedahkan, untuk kembali kepada bentuk tubuh sebelum ini dia perlu menurunkan berat kira-kira 10 kilogram lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata berusia 36 tahun ini turut berkongsi pengalaman asma yang pernah dialami sebelum ini.
“Masalah asma yang dihadapi sudah dialami sejak beberapa bulan lalu. Hari-hari ia menyerang, sebelum ini situasi tersebut tidak pernah begitu. Malah saya pernah ke hospital mendapatkan rawatan dan sebagainya.
“Jadi daripada situ saya tertanya-tanya mengapa keadaan kesihatan diri kian menurun dan sudah tidak aktif seperti dulu. Jalan pun ada rasa mengah. Jadi saya ambil keputusan untuk lakukannya (bariatrik),” katanya.
Tambah Lufya lagi, selepas mendapatkan pandangan daripada pakar bedah bariatrik terbaik Asia Pasifik, Dr. Mustafa Mohammed Taher, Lufya optimis terhadap prosedur berkenaan.
Dr. Mustafa antara pakar bedah GI dan bariatrik yang telah melakukan lebih daripada 2,000 prosedur pembedahan bariatrik sepanjang tempoh tiga tahun lalu.
Kebanyakan pesakit beliau mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan yang menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan halangan pelbagai aktiviti harian.
Obesiti menjadi masalah pandemik dengan istilah global baharu seperti globesiti atau diabetes yang mencerminkan bilangan pesakit diabetes lebih tinggi dengan kawalan gula yang lebih lemah. Hal itu meningkatkan kos penyakit kronik lebih tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Happy Birthday Mantanku…,” – Doa Jodoh, Fasha Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Bekas Suami
Pelakon jelita, Fasha Sandha menitipkan ucapan khas bersempena ulang tahun bekas suaminya, Rizal Ashram yang ke-47.
Dalam ucapan tersebut, Fasha turut mendoakan semoga Rizal dapat segera bertemu dengan pasangan hatinya.
“Happy birthday mantanku. Semoga cepat-cepat dapat mami baru supaya rambut anak-anak saya kemas dan anak-anak mandi awal setiap hari.
“Jangan marah ya sebab sekarang dah tua. Nanti bertambah-tambah tuanya. Apapun, tak nampak tua pun. Selalu nampak muda macam remaja. Okay dah puji. Cepat senyum balik. Tak payah serius sangat,” tulisnya.
Titipan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Anak Mami Kembali itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Dalam pada itu, Fasha turut berterima kasih kepada Rizal kerana membenarkan anak-anak menyambut hari lahir suaminya yang juga merupakan pelakon, Aidil Aziz terlebih dahulu memandangkan tarikh lahir mereka jatuh pada hari yang sama.
“Kebetulan pula sama tarikh dengan Aidil. Terima kasih sebab bagi anak-anak sambut dengan Aidil semalam.
“Hari ini sambut dengan awak pula. Sekali lagi selamat hari lahir Leo. My love hate relationship,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia dan Putri Raysha Jemyma.
Fasha kemudiannya bertemu jodoh kali kedua dan selamat bernikah dengan Aidil pada 28 Mac 2019.
Hasil perkong hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Fasha Sandha Terharu ‘Rampas Cintaku’ Cecah 100 Juta Tontonan; “Sebagai Pelakon, Jangan Kedekut Untuk…”
Pelakon drama bersiri Rampas Cintaku, Fasha Sandha meluahkan rasa syukur di atas kejayaan drama tersebut yang berjaya mencapai lebih 100 juta tontonan sejak ia mula ditayangkan di platform iQIYI pada 23 September lalu.
Terharu dengan sambutan hangat yang diberikan, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, menerusi laman Instagram miliknya berkata kejayaan drama tersebut adalah disebabkan pelbaga faktor seperti kisah penceritaan yang menarik, skrip serta keserasian barisan pelakon yang hebat termasuk promosi berterusan yang diberikan.
“Ini adalah satu pengiktirafan, buat kami yang bertungkus lumus dalam menjayakan drama ni.
“Berbaloi dan hilang rasa penat bila dapat tahu drama kita rating melebihi daripada target malah mendapat kejayaan.
“Kami berbangga sebab ini adalah drama lokal IQIYI Pertama di Malaysia @iqiyimalaysia.
“Syukur Alhamdulillah! Selain daripada kisah yang menarik, skrip yang padu, chemistry barisan pelakon, promosi juga memainkan peranan yang penting,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut berpesan agar setiap pelakon tidak perlu berkira untuk terus mempromosikan mana-mana naskhah lakonan mereka agar ia mendapat sambutan penonton.
Namun, dalam berbuat demikian, ada ‘pantang larang’ yang perlu dijauhi agar tidak sesekali meletakkan ‘spoiler’ yang boleh ‘merosakkan’ klimaks kepada sesuatu penceritaan tersebut.
“Sebab tu sebagai seorang pelakon, jangan kedekut untuk mempromosikan karya produksi anda (behind the scenes) – tapi janganlah sampai tersilap posting dan terlebih sampai spoiler cerita tersebut.
“Cukuplah sebagai teaser/behind the scenes untuk bagi penonton excited nak tengok karya kita.
“Dan bila pihak produksi atau tv station bagi clips, rajin-rajin je repost, bukan merugikan kita pun, malah dapat mengigatkan followers kita sebab kadang-kadang depa (mereka) pun terlupa,” tulis Fasha lagi.
Selain Fasha, drama arahan Ejump Mohd itu turut dibintangi Zarul Husin dan Afieq Shazwan.
Ia mengisahkan tentang kisah gelap seorang lelaki muda yang jatuh cinta pada seorang ahli perniagaan kaya yang lebih berusia daripadanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI