Baru-baru ini, kecoh mengenai posting penyanyi Elly Mazlien menerusi Instagram miliknya yang dilihat seakan menyindir bekas suami, Azmi Hata.
Menyebut nama pengarah berkenaan secara terang-terangan, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu mengetengahkan isu perihal penjagaan anak serta nafkah buat cahaya mata mereka, Putri Sara Sefhia, 2 tahun.
Apa yang menjadi perhatian netizen ialah, Elly yang juga merupakan hos kepada program Mentor Otai ini menggunakan (tanda palang) hashtag unik sebagai simbolik dalam menyampaikan mesej kepada bekas suaminya itu.
Antara hashtag yang ditulis Elly ialah;
#SefhiaTanggungjawabKakakLinaSorang
#NafkahKelaut @azmi_hata
#KauTungguKauIngatAkuNakBiarkan
#LupaSerbaSerbiDaddynya
Terdahulu, Elly atau nama lengkapnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, mendirikan rumah tangga bersama Azmi pada 9 November 2014. Pasangan ini berpisah pada 15 Oktober 2015 sewaktu penyanyi berkenaan sedang hamil empat bulan.
Apa pun, MH mengharapkan agar mereka dapat selesaikan isu ini dengan cara terbaik selepas ini.
Foto: Instagram Elly Mazlien