Baru beberapa hari ditayangkan, lakonan aktor meningkat naik, Nadhir Nasar menerusi filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah meraih respon positif daripada penonton.

Rata-rata netizen berpandangan watak Tahir yang dibawakan Nadhir nampak lebih matang meskipun filem ini merupakan debut pertamanya di layar perak.

Netizen Kagum Watak Tahir, Nadhir Nasar Belum Fikir Soal Rangkul Trofi

Enggan dibuai pujian, Nadhir menyifatkan dirinya tidak terlalu memandang soal anugerah sebaliknya hanya mahu memberikan yang terbaik disetiap naskah yang diamanahkan.

“Amin. Mudah-mudahan in sha Allah. Saya bukan berkarya disebabkan anugerah.

“Namun, kalau itu sudah menjadi rezeki saya tahun ini atau tahun hadapan, saya tidak akan berhenti untuk terus memberikan yang terbaik.

“Saya berada di dalam industri ini bukan untuk bersenang lenang tapi untuk jangka masa panjang.

“Memenangi anugerah bukanlah sebab utama saya berada di sini sebalik saya mahu buat apa yang saya minat iaitu menjadi pelakon yang berkaliber,” katanya kepada MH.

Ads

Netizen Kagum Watak Tahir, Nadhir Nasar Belum Fikir Soal Rangkul Trofi Netizen Kagum Watak Tahir, Nadhir Nasar Belum Fikir Soal Rangkul Trofi

Bukan setakat itu, Nadhir juga sanggup mengambil risiko untuk menjayakan babak aksi tanpa memerlukan khidmat pelakon lagak ngeri.

Katanya, motivasi tersebut hadir kerana dia amat mengagumi hasil kerja idolanya yang juga merupakan pelakon terkenal, Beto Kusyairy.

“Dalam filem ini, hanya ada satu babak sahaja yang memerlukan stuntman. Sebenarnya ada banyak lagi babak yang sepatutnya menggunakan stuntman tapi saya nak buat sendiri.

“Saya amat mengidolakan Beto. Saya akan selalu minta nasihat daripada Beto setiap kali mendapat naskah baharu. Dia juga buat adegan ekstrem sendiri seperti membakar diri.

Ads

“Jadi, saya nak ikut jejak langkah dia. Dia juga nasihatkan saya untuk utamakan keselamatan,” ujarnya lagi.

Netizen Kagum Watak Tahir, Nadhir Nasar Belum Fikir Soal Rangkul Trofi Netizen Kagum Watak Tahir, Nadhir Nasar Belum Fikir Soal Rangkul Trofi

Bagaimanapun, Nadhir akui tindakkannya itu sedikit sebanyak merisaukan ibunya yang tidak mahu melihat anaknya cedera.

“Ibu saya antara orang paling risau. Dia juga banyak berikan pesanan teutamanya bila saya berlakon dengan menggunakan senjata antaranya badik kecil.

Ads

“Saya kerap berkongsi rutin di set dengan ibu saya. Sebelum ini pun dia banyak berikan pesanan bila berlakon drama Projek: High Council.

“Saya sebenarnya lebih utamakan kepuasan penonton dan diri sendiri berbanding memikirkan tentang keselamatan. Saya rasa berbaloi dan puas,” akhirinya.

Netizen Kagum Watak Tahir, Nadhir Nasar Belum Fikir Soal Rangkul Trofi

Terdahulu, filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Filem terbitan Kembara Studio ini turut menampil barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Amir Ahnaf dan Wan Hanafi Su.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI