Netizen Kritik Cara Farah Nabilah Bagi Anak Makan, Tapi Ini Pula Kata Peminat – “Dia Tahu Lah Apa Yang Sesuai Untuk Anak Dia”.

Share

Pelakon, Farah Nabilah ada berkongsi satu rakaman video mengenai perkembangan anak tunggalnya, Andre Omar yang kini sudah mencecah usia 6 bulan.

Menerusi rakaman video terrsebut, anak kepada pelakon drama bersiri Titian Cinta ini dilihat sudah pandai makan secara sendiri dan perlahan-lahan menikmati roti bakar yang disapu dengan buah Avocado.

”Happy 6 months baby mommy !! @andreomar_ and favorite – avocado on toast.

“(Ni first time try BLW, mmm not sure if I like this approach, macam mana babies dapat nutrition if dok main dengan food ?) Feeding set from @dre.essentials,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, ada segelintir netizen memberikan komen berbaur negatif terhadap tindakan pelakon 29 tahun itu kerana mendakwa telah memberikan makanan bertekstur keras kepada anak lelakinya itu.

Ini kerana mereka berpendapat tindakan Farah boleh membahayakan keselamatan si kecil.

Bagaimanapun, ada juga yang menyokong tindakan Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin itu.

Sekadar informasi, Farah mendirikan rumah tangga bersama Mohamed Amirul pada tanggal 20 Disember 2019.

Selepas itu, Farah selamat bergelar ibu selepas melahirkan Andre pada 22 Oktober lalu.

Foto: Instagram Farah Nabilah

Published by
Nazar Rafiqhi