Hos Gegar Vaganza 9 (GV9), Nabil Ahmad menerima kritikan netizen susulan usikannya sejurus juri jemputan dari Indonesia, penyanyi Raisa tampil memberikan komen dalam Bahasa Inggeris pada minggu kelapan konsert itu yang berlangsung pada Ahad.
Netizen mendakwa tindakan Nabil, 39, seperti tidak profesional berikutan ‘mengajuk’ kembali Raisa yang dilihat lebih selesa berbahasa Inggeris dalam memberikan komen terhadap persembahan Hazrul Nizam.
Menerusi di laman Twitter misalnya, ada netizen yang tidak berkenan cara pengacara itu hingga ada mendakwa raut wajah Raisa berubah kala ‘disakat’ Nabil.
“Raisa nampak tidak selesa bila Nabil mempermainkannya bila dia berbahasa Inggeris. Nabil tidak sepatutnya bertindak keterlaluan.
“Bila Nabil ajuk Raisa cakap Inggeris, baru aku sedar benda ini berlaku di mana-mana sahaja. Dari budak-budak kecil di sekolah, di universiti, di tempat kerja pun di kalangan rakan-rakan dan keluarga, kalau ada yang jenis suka speaking, mesti ada yang suka ajuk seolah-olah benda itu (sesuatu yang) pelik.
“Why is Nabil making fun on the Indonesia language. So unprofesional.
“Raisa looks a lil uncomfortable with the jokes.”
Itu antara komen yang ditinggalkan netizen.
Terdahulu, Raisa atau nama sebenar, Raisa Andriana, 32, diundang sebagai juri jemputan malam tadi dan ini merupakan pengalaman pertamanya berada di posisi juri dalam pertandingan hiburan di Malaysia.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kali Kedua ini berkunjung ke Malaysia bagi mempromosikan konsertnya yang bakal berlangsung pada 20 November ini di Zepp Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI