“Saya sebenarnya tak tahu nak komen bagaimana, d tapi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong.”
Demikian kata pelakon Fattah Amin apabila ditanya mengenai pendapat sesetengah warganet yang menyifatkan dirinya sebagai duda ‘terhangat’ di Malaysia.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dia sebaliknya hanya mampu berterima kasih atas sokongan yang diberikan peminat.
“Saya sebenarnya tak mahu komen, tapi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong.
“Tanpa mereka siapalah saya. Saya berdiri di sini hari ini pun disebabkan mereka dan saya sangat bersyukur,” katanya.
Fattah berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Filem All Access To Rossa 25 Shining Years di Pavilion Kuala Lumpur, pada Rabu.
Ditanya mengenai sokongan peminat yang diterimanya ketika ini, pelakon filem Pendekar Awang sekali lagi hanya mampu mengucapkan terima kasih.
“Alhamdulliah, sekarang saya rasa sangat terharu dengan keadaan ini.
“Saya nak ucap terima kasih kepada mereka yang sentiasa sokong kerjaya saya dari awal dulu sehingga sekarang.
“Terus doa yang baik-baik,” katanya yang bakal sibuk di lokasi penggambaran projek drama bersama pengarah, Erma Fatima.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Betul Ke…,” – Netizen Mula ‘Siasat’, Baju Sedondon Dipakai Shuib & Wanita Dikenali Sebagai Watie Ada Makna?
Hangat di media sosial susulan khabar angin yang mendakwa, pelawak dan usahawan, Shuib didakwa sedang menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.
Ia susulan dakwaan netizen yang mendakwa keduanya mengenakan persalinan yang seakan-akan sedondon ketika menghadiri dua buah konsert sebelum ini meski tiada lagi kesahihan mereka hadir bersama.
Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik menerusi akaun @farahana2506 yang kini tular, ia berkongsi imej Shuib dan Watie ketika menghadiri konsert Ziana Zain dan Anuar Zain pada 6 Ogos lalu dan konsert Dewa 19 pada Jumaat lalu.
@farahana2506 betul ke shuib dgn watie?? #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fypp #pelitfyp #tiktoktravel #shuib #shuibsepahtu ♬ Dj Salira Ayeuna Ayana Dimana – Midua Cinta – DJ AURA X
“Betul ke Shuib dengan Watie,” tertera pertanyaan pada kapsyen beserta lampiran foto mereka yang dikatakan hadir mengenakan persalinan dalam rona serupa.
Meninjau ke ruangan komen video terbabit pula, netizen mulai membuat spekulasi dan mendakwa Shuib sedang akrab dengan usahawan wanita terbabit.
Malah, ada yang mendakwa Shuib kerap memberikan tanda suka (likes) terhadap foto yang dimuat naik Watie di media sosial miliknya.
“Saya dah few months perasan, semua post Watie ni, Shuib akan like. Pastu banyak tempat yang Shuib pergi, akan ada Watie kat situ cuma diaorang tak ambil gmbar sama,” ulas pengguna TikTok.
“Aku dah perasan lama dah. Aku stalk terus and im be like (emoji terkejut) takpela mana mana jela janji shuib happy kalau betol diorang bersama,” tulis seorang pengguna TikTok lagi.
“Kan dia kata, bakal wife dia bukan artis. So ofcozlah kita x kenal,” komen pengguna lainnya pula.
“Mungkin tersuka masa main golf sebab Watie selalu main golf,” tebak pengguna TikTok.
Video berkenaan sehingga kini menerima hampir sejuta tontonan disusuli lebih 14,500 tanda suka bersama ribuan komen.
Pada masa sama, ada netizen berkongsikan foto yang seakan-akan di lokasi sama sekitar Mei lalu berdasarkan latar belakang foto yang dimuat naik di Instagram.
“Baru stalk, tengok post Watie 7 Mei & Shuib post picture background sama. Rumah lama Shuib di kampung,” dakwa seorang pengguna TikTok.
Terdahulu, Shuib menerusi media mendedahkan dia sedang mengenali hati budi seseorang dan wanita itu merupakan pilihan ibunya.
Sementara itu, Watie dilihat telah menyekat akses ruangan komen di hantaran Instagram berkaitan kedua-dua konsert yang dikaitkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Balik Rumah Baru Terfikir, Mana Nak Cari Duit,” – Simpanan Habis Selepas Kahwin, Zalif Sidek Terkejut Rezeki Makin Murah
Pelakon, Zalif Sidek mengakui rezekinya kini semakin bertambah apabila banyak menerima tawaran-tawaran kerja selepas mendirikan rumah tangga.
Menurut Zalif, meskipun pada mulanya dia berasa agak risau apabila duit simpanannya dikatakan telah habis digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan, namun dia tetap bersyukur dengan segala perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Sejujurnya saya dapat rasakan rezeki saya semakin bertambah-tambah selepas berkahwin. Pada mulanya Awesome TV tawarkan saya berlakon telemovie sahaja.
“Lepas sahaja habis telemovie itu, datang lagi rezeki lain. Ditambah pula saya sudah berkahwin. Alhamdulillah Allah susun rezeki kita itu sebaiknya dan kita tak terfikir pun.
“Terus terang saya katakan, selepas mengadakan majlis perkahwinan, duit simpanan saya pun habis. Segala simpanan yang saya ada selama ini, saya dah gunakan sebab saya ingin majlis tersebut berjalan lancar.
“Bila dah balik rumah, baru saya terfikir, macam mana nak cari duit. Duit dah takda ni. Kemudian datang tawaran daripada Awesome TV. Daripada telemovie sampailah ke game show. Beberapa stesen tv lain pun panggil,” katanya kepada MH.
Pelakon filem, Papa I Love You itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pratonton program television Awesome TV serta kolaborasi bersama syarikat korporat, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB).
Katanya lagi, kehidupannya juga sewaktu fasa pandemik ini juga agak terkesan lebih-lebih lagi selepas kehilangan bapa tercinta pada tahun lalu
“Sepanjang pandemik ini, kehidupan saya memang agak terkesan. Ditambah pula selepas pemergian bapa saya. Tawaran kerja pun kurang. Tetapi berkat kesabaran dan ikhlas dalam segala hal, Allah bukakan jalan.
“Saya ini anak sulung. Saya tak mahu bebankan adik-beradik saya yang lain. Kalau mak tak cukup duit, biar saya dahulukan. Tak perlu bebankan adik- beradik.
“Mungkin berkat doa daripada ibu dan isteri saya, susunan Allah itu sangat luar biasa. Macam magic saya rasa,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya mengenai perbezaan kehidupan serta persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan selepas berumah tangga, Zalif memaklumkan tanggungjawabnya kini sudah semakin bertambah
“Selepas ini, saya dah tak perlu nak bersahur di luar. Dia pun nak pergi terawih sama-sama dengan saya. Dalam hati ni terdetik, Ya Allah ada juga orang nak teman aku pergi solat terawih.
“Persiapan untuk hari raya juga dah berbeza. Dulu kita pilih baju sendiri je. Mak pula saya hanya bagi duit dan dia uruskan sendiri.
“Dulu kita fikir diri kita je. Sekarang ini, setiap hari saya akan bertanya jika ada apa masalah. Nak masak apa pun saya tanya. Saya ingin mencontohi sifat arwah ayah saya. Apa ayah buat itu juga saya buat.
“Kami pun tak rancang fasal kehidupan selepas berkahwin ni. Ditakdirkan dia akan mengandung nanti, tanggungjawab saya akan lebih besar,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Zalif bakal bergandingan bersama figura rock tanah air, Datuk Awie menerusi drama terbaru yang berjudul Sudin Sudah Kaya.
Sudin Sudah Kaya bakal bersiaran di slot ‘Dramedi’ pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 9 malam di platform Awesome TV disaluran Astro 123 dan MyTV 112.
Sekadar informasi, Zalif telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Anis Marzuki, pada 26 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Persembahan Zamani, Siti Nordiana & Duet Nabila Razali Curi Tumpuan, Jelajah Suria FM Di JB Penuh Dengan 8000 Penonton
Meriah! itu yang boleh disimpulkan apabila kira-kira 8,000 pengnjung membanjiri ruang di pentas utama Paradigm Mall, Johor Bahru pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung Sabtu lalu.
Kemeriahan itu dirasakan dengan kehadiran barisan artis popular yang ‘sporting’ menghiburkan penonton antaranya Zamani, Dolla, Yonniboi, Boboy dan ramai lagi.
Antara yang menarik mencuri perhatian menerusi persembahan duet Siti Nordiana bersama Floor 88 untuk lagu Gurauan Berkasih manakala Nabila Razali berkongsi pentas bersama Renggo Arrow menyanyikan lagu Niat Hati Tak Nak Berpisah.
Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid yang mesra disapa sebagai DJ Lin berkata, sambutan peminat setia Suria FM di Selatan kali adalah yang paling ramai pernah dicatatkan sejak penganjuran siri jelajah berkenaan.
“Sambutan seumpama ini kami jadikan sebagai kayu pengukur dalam melihat progres serta pencapaian Suria FM. Kejayaan ini mencetuskan inspirasi buat kami di Suria FM agar terus berusaha memberikan yang terbaik buat pendengar setia kami.
“Misi terdekat kami adalah untuk meletakkan Suria FM tersenarai di antara 3 stesen radio bahasa Melayu popular dan paling ramai khalayak pendengar, apatah lagi tahun ini menyaksikan Suria FM bakal menyambut ulang tahun Ke-15 penubuhannya.
“Mohon Doa semua moga impian dan hasrat kami menjadinyata dan moga Allah permudahkan segalanya,” katanya kepada MH.
Tambahnya lagi, Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL akan berada di lokasi terakhir Sabtu ini di East Court, IOI City Mall, Phase 2, Putrajaya.
“Acara yang akan bermula seawal jam 1 tengahari itu bakal menyaksikan persembahan lebih 18 artisantaranya, Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Imsoniacks, Amir Uk’s, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Muss, Floor 88, WanyHasrita, Haqiem Rusli, Iman Troye, Amir Masdi dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI