Pelakon sensasi, Ruhainies memilih untuk tidak mahu memikirkan isu hangat yang mengaitkan dirinya sebelum ini selain mendokan yang terbaik untuk semua.
Malah menurut Ruhainies, dia hanya mahu menggembirakan semua orang, termasuk para pengikutnya di media sosial.
Ia reaksi sebagai menjawab kenyataan warganet yang meminta maaf kerana bergosip susulan isu membabitkan Ruhainies, baru-baru ini.
“I would to apologize sebab sepanjang isu you, yelah normal la sebab keep gosip with friend,” tulis warganet.
“Its okay, lets move on. We have better things ahead. saya dah tak fikir and now nak focus on being happy and make people around me happy. Termasuk my followers.
“Okay? Lets pray for the best for each other dan semua pihak. All love for You who are reading this,” respon Ruhainies.
Kenyataan tersebut dikongsikan adik kepada pelakon Nur Risteena itu menerusi Ask Me Questions di Instagram.
Malah menerusi beberapa hantaran lainnya, Ruhainies turut maafkan warganet yang pernah berkata tidak baik mengenai hal sama.
“Maafkan semua rakyat Malaysia yang ngata (mengata) awak hal ni termasuk saya. Penat akhirat esok nak tagih,” jelas warganet.
“Like i said we all are human being. Nobody is perfect. Saya juga. Let’s move on,” balas Ruhainies.
Malah ada juga warganet yang bercakap mengenai soal aib.
“I am truly sorry for gossiping about you. Today your aib kena buka, esok maybe hari kami. L, BWN,” tulis warganet lainnya.
“Kadang kala kita dipandang baik bukanlah kerana kita benar-benar baik. Tetapi kerana kasih sayang Allah yang menutup aib kita…
“Saya doakan Allah memelihara dan menutup aib kita semua. InsyAllah. Amin amin,” reaksi Ruhanies.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini