Berita

Netizen ‘Panas’ Tengok Keputusan Akademik Syaikhul, Puteri Sarah – “Saya Tak Menunjuk, Hanya Kongsi Berita Gembira.”

Share

Pelakon Puteri Sarah tidak mahu memikirkan mengenai kecaman negatif daripada segelintir netizen susulan dirinya yang berkongsi video mengenai pencapaian akademik anak sulungnya, Syaikhul Islam, baru-baru ini.

Dalam pada yang tumpang gembira melihat kejayaan yang diraih Syaikul, ada juga komen yang menyifatkan Puteri Sarah, 39, seolah-olah cuba untuk menunjuk.

“Saya tidak menunjuk, hanya berkongsi berita gembira dan itu adalah rezeki anak saya. Malah saya percaya anak-anak orang lain di luar sana pun peroleh keputusan akademik yang membanggakan.

“Jadi rasanya tiada apa keperluan untuk fikir yang negatif… alah budak sahaja pun, tak payahlah fikir negatif.

“Kita doakan saja moga anak-anak kita semua juga dapat ‘A’ dalam pelajaran,” katanya.

Puteri Sarah pada masa sama juga akui akan berbincang berdua dengan anak-anak setiap kali mereka mendapat keputusan peperiksaan.

“Saya seorang ibu yang sangat mementingkan soal akademik terhadap anak-anak.

“Walau sibuk macam mana pun, saya tetap tak lupa mengenai perkara itu, termasuk dalam hal pendidikan agama.

“Sebab saya sendiri yang menjaga mereka,” katanya yang akui Syamsul juga gembira dengan pencapaian yang diraih anak lelakinya itu.

Bagaimanapun, dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap dua permata hatinya itu.

“Saya sebagai ibu memang gembira. Kalau boleh nak semua anak saya dapat ‘A’. Namun kita sebagai penjaga tidak boleh letak tekanan kepada mereka.

“Kalau tak dapat seperti apa yang kita harapkan, tidak mengapa. Sebab yang penting kita sudah cuba memberikan yang sehabis baik,” katanya lagi.

Sekadar informasi, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.

Namun, mereka bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH