Siapa sahaja tidak mengenali dengan pelakon Sharifah Sakinah yang sering dihimpit dengan kisah sensasi, sekali gus menjadi perhatian netizen.
Baru-baru ini, tular mengenai isu ‘body shamming’ yang semakin mendapat perhatian di laman media sosial.
Lalu, bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut memberikan komen dan pendapat mengenai perkara tersebut.
“Body shaming ni bukan sahaja untuk orang yang berbadan besar kadang-kadang kita mengejek atau menghina fizikal orang tu misalnya hitam, pendek, kerinting dan sebagainya tu semua body shaming.
“Macam saya sendiri pernah sahaja mengalami ‘body shamming’, netizen pernah kutuk fizikal mulut saya senget dan sebagainya.
“Pada saya, kalau orang ‘body shamming’ kita, kita maafkan saja dia mungkin cara dia melawak tidak sama dengan cara kita.
“Macam Kinah sendiri, saya tak ambil hati apa yang netizen lain cakap pasal diri saya paling penting kita kena maafkan orang lain dan kena belajar benda tu.
“Jadi kepada netizen di luar sana, Sakinah mengharap sangat pada semua untuk berhenti berkata yang tidak elok kepada selebriti lain sebab mereka pun manusia biasa juga.
“Sakinah kesian tengok artis-artis lain kena cemuhan daripada netizen, cubalah sentiasa bersangka baik dengan artis lain,” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Sakinah telah ditemui MH ketika sidang media program All Stars Buka Panggung yang berlangsung di Nicsmann, The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Program komedi All Stars Buka Panggung akan ditayangkan pada 6 September depan di saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124).
Program ini merupakan sebuah pertandingan komedi pentas yang menguji dan mencabar pelakon beraksi dalam babak komedi pentas.
Pentas komedi tersebut bakal dipersembahkan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Aaron Aziz, Datin Seri Umie Aida, Datin Diana Danielle, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Izzue Islam, Ruhainies dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI