Netizen Puji & Teruja Fasha & Nora Berfoto Sama; “Anak-Anak Menyatukan Hati Kita Semua.”

Share

Perkongsian pelakon Fasha Sandha yang memuat naik gambarnya bersama Nora Danish mendapat perhatian netizen.

Menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkongsikan momen-momen mereka bersama ketika berbuka puasa sekali gus meraikan ulang tahun kelahiran anak pertama Fasha, Putra Rayfal Ramli di kediaman bekas mentuanya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.

Tampil berpakaian tradisional sedondon merah hati, Fasha dan Nora kelihatan mesra bergambar bersebelahan bersama ahli keluarga bekas suami mereka.

Nora kemudiannya meninggalkan komen berbentuk emoji hati sebelum dibalas Fasha yang menyifatkan Nora seorang individu yang mempunyai hati baik.

“Terima kasih mummy gorgeuos (Nora) dan keluarga. Thanks layan I dan anak-anak dengan baik. Such a good heart. Syukur Alhamdulillah.

“Rayfal merupakan orang yang paling gembira sekali bila tengok kita bersama.

“Anak-anak juga menyatukan hati kita semua.

“Alhamdulillah syukur di atas kebaikan yang Allah berikan untuk keluarga kita, Alhamdulillah,” tulis Fasha.

Sebelum ini, perselisihan faham pernah tercetus di antara Fasha dan Nora selepas Fasha mendakwa dirinya dihalang penganjur daripada memasuki acara pertunjukan fesyen pada tahun 2017, kononnya atas arahan Nora.

Bagaimanapun, pada 2018, Fasha dan Nora sepakat selesaikan isu mahkamah secara baik dan memilih untuk berdamai kerana menganggap anak-anak mereka adalah bersaudara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar