“Sedih mendengar cerita di sebalik senyuman dan celoteh Siti. Semoga kuat menghadapi hari-hari mendatang. Bagi peluang Siti jaga abang lagi baik daripada hidup terseksa dengan suami yang tidak bertanggungjawab itu.”
Demikian kata seorang pengguna laman sosial susulan kisah pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall yang memaparkan dirinya menjaga dan menguruskan abang yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34.
Video dua beradik itu juga mengundang hiba warga maya hingga menjadi tular selain ramai yang memuji tindakan Siti.
Siti Jamumall, 24, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkata, abangnya OKU fizikal sejak dilahirkan dan sudah tidak boleh berjalan sejak berumur 15 tahun.
“Di sebalik kehidupan dan keceriaan yang orang lihat pada saya selama ini, ramai tidak tahu saya mempunyai abang OKU. Dia adalah kekuatan saya. Kalau anda tanya kenapa saya boleh kuat berdepan macam-macam dugaan, semuanya kerana dia.
“Sejak tidak boleh berjalan, abang memang perlu diuruskan sepenuhnya. Pendek kata, kena ada yang bantu. Kalau nak tahu, dulu abang menjaga kami adik beradik ketika masih kecil, termasuklah saya.
Ads
“Jadi, apabila dah besar saya berjanji pada diri, selama saya masih hidup saya akanmenguruskannya sampai bila-bila. Saya takkan tinggalkan dia, saya akan menjaganya sampai hujung nyawa saya. Sebab dia dah banyak tolong dan berikan semangat pada saya,” katanya.
Tambah Siti lagi, abangnya juga insan yang banyak memberikan contoh untuk menjadi insan yang terbaik.
Ads
“Abang selalu cakap pada saya, selagi kita bernyawa apa pun yang berlaku kena teruskan kehidupan. Kita kena kuat menghadapi setiap apa yang Allah uji. Percayalah, lagi besar dugaan Allah bagi, lagi tinggi darjat Allah nak bagi pada kita.
“Sabar atau tidak saja. Kalau kita sabar, insya-Allah, kita akan dapat sesuatu dan nikmat yang tidak disangka-sangka pada masa hadapan. Sekarang ini, apa yang kita boleh buat adalah tawakal, reda dan teruskan usaha.
“Jangan pernah berhenti. Sebab, tidak ada orang lain yang boleh tolong kita melainkan diri sendiri,” katanya.
Ads
Terdahulu, Siti sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan pernah mendapat RM50 nafkah setahun ketika berkahwin dengan bekas suami.
Siti berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menjadi punca dia nekad untuk bercerai tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan pelakon, Uyaina Arshad menafikan dakwaan yang kononnya, dia kini sedang jalin cinta dengan penyanyi Indonesia, Ridho Rhoma.
Sebaliknya, bintang cantik ini hanya menganggap anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Rhoma Irama itu tidak lebih sebagai rakan sesama artis semata.
“Sejak saya dan Ridho ‘dikenen-kenen’ oleh pengacara dan juri dalam program Dangdut Academy Asia 4 (DAA4) yang bersiaran secara langsung tahun lalu, banyak pihak mula gosipkan kami mempunyai hubungan istimewa.
“Malah, sehingga kini peminat di Indonesia masih cuba mendekatkan saya dan Ridho untuk bersama apabila menerima banyak mesej peribadi yang menghantar gambar kolaj saya dan Ridho.
“Padahal saya dan Ridho cuma bertemu di panggung DAA4 sahaja. Tidak berhubungan sama sekali,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Yang pasti, bintang Curi-Curi Cinta ini lebih gemar untuk beri fokus dalam seni terlebih dahulu sebelum terburu-buru dalam hal berkaitan jodoh.
“Fokus saya sekarang adalah untuk membina nama di Malaysia dan Indonesia. Saya nak fokus dengan kerjaya sebagai pengacara dan pelakon dulu.
“Lagipun saya tak nak terburu-buru dalam hal percintaan. Biarlah saya menikmati kehidupan solo ini. Kalau ada jodoh, adalah nanti,” jelas Uyaina jujur.
Sebelum ini, bintang berhijab itu dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan lelaki berkenaan apabila ramai peminat turut gemar andai keduanya disatukan sebagai pasangan kekasih.
Ia gara-gara keseradian mereka di atas pentas DAA4 dan rakaman terbabit yang disiarkan di YouTube kini mencecah lebih empat juta tontonan setakat ini.
Dalam perkembangan lainnya, Uyaina sekali lagi akan ke Jakarta, Indonesia pada 29 Ogos depan bagi mengacarakan dua program realiti iaitu Golden Memories Asia dan DAA5.
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...