“Alhamdulillah, seronok tengok usaha sahabat.” Itu komen yang diberikan pelakon Ashraf Muslim terhadap usaha penyanyi Faizal Tahir yang dilihat mengajar seorang mualaf untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Video mengenai perkara itu dikongsikan Faizal menerusi laman Instagram miliknya.
Tidak menyertakan penjelasan lanjut mengenai intipati video berkenaan, Faizal sebaliknya menulis maksud sepotong ayat Surah An-Nasr buat tatapan umum.
“Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. Surah An-Nasr (“The Help”).
“SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR,” tulis Faizal.
Rata-rata yang menonton video itu merasa tersentuh hati dengan keikhlasan Faizal dalam membantu saudara baharu bagi mendalami dan mengenali agama Islam dengan lebih dekat.
“Alhamdulillah terima kasih bang membimbing saudara baru mengenal Islam.
“Alhamdulillah syukur, semoga Allah memudahkan urusan mendalami Islam pada saudara baru kita, amin.
“Bestnya, terbaik bang, nak menangis tengok.
“Respect you brother FT.
“Alhamdulillah, besar pahala bang,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, sebelum meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi pop, Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana yang cukup popular dengan lagu Aku Tanpa Cintamu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Faizal Tahir