
Bintang cantik, Amelia Henderson sinonim sebagai antara bintang yang cukup bergaya dan yakin dalam mengenakan persalinan memukau, meski ada di antaranya mendapat reaksi pelbagai dari netizen.
Baru-baru ini misalnya, penampilan hos program Dewi Remaja 2019 ini kembali menjadi buah mulut kerana didakwa mengenakan persalinan seksi yang seakan-akan terdedah di bahagian dadanya.
Berkongsi foto di Instagram menerusi kemas kininya yang terbaru itu, entri berkenaan mendapat banyak respon.
Bagaimanapun jangan salah faham sebab sekiranya diamati, ruang di bahagian dadanya itu mempunyai lapisan dalam rona ‘nude’, sekali gus ia menampakkan ilusi seperti kulit sebenar.
Malah, ada netizen yang perasan lalu memberikan pandangan mereka. Pada masa sama, ada juga yang menasihatkan agar Amelia mengenakan ‘inner’ rona yang gelap untuk lebih selamat seterusnya bagi elakkan salah faham.
Foto: Instagram Amelia Henderson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Saya Nak Visit Kubur Ayah Seorang Diri Sekejap Boleh Ke?” – Terlalu Rindu, Ini Tanya Farahdhiya

Tanggal 9 Januari lalu, menjadi tarikh sedih buat pelakon dan penyanyi, Farahdhiya apabila bapanya, Mohd Amin Zubir menghembuskan nafas terakhir.
Lantas, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu berkesempatan menziarahi pusara bapanya kerana terlalu merindui arwah.
“Rindu Dada. Dah berapa hari tak dapat borak dgn Dada sebab busy dgn kerja, then suddenly kene movement restriction.
“Saya rakyat yg sentiasa menyokong kerajaan utk mengelakkan benda menjadi lebih buruk.
“Tapi saya ada 1 soalan, kalau saya nak pegi visit kubur ayah saya sorang diri sekejap boleh ke? Rindu sgt. Please siapa2 yg boleh jawab let me know.
“I shall accept a yes or a no,thank you,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on
Terdahulu, arwah, 68, menghidap masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiat merokok, sejak lima tahun lalu.
View this post on InstagramA post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on
View this post on InstagramA post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on
View this post on InstagramA post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on
Foto : Instagram Farahdhiya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Darah Rendah & Kurang Hemoglobin, – Pitam Tiba-Tiba, Isteri Haziq Hussni Terima Rawatan Di Hospital

Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni memaklumkan isterinya, Ayunda Putri telah dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan selepas dia didapati pengsan pada malam semalam.
Menurut Haziq, antara punca yang menyebabkan isterinya itu jatuh pensan adalah kerana tekanan darah rendah dan kurang hemoglobin.
Katanya lagi, isterinya itu kini dilaporkan berada dalam keadaan yang baik dan kini memerlukan rehat yang mencukupi.
“Kak Putri hangpa okay. Tadi dia pitam sat. Sebab still darah rendah and kurang hemoglobin.
“She is resting now. Thank you semua yang dm and mendoakan,” tulisnya
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Hot FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Haziq turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun kesejahteraan isteirnya itu.
“Get well soon Puti. Stay strong okay.
“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
“Banyakkan berehat. Makan makanan yang tinggi zat besi. Semoga lekas sembuh,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama Putri Ayunda pada tanggal 15 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telan pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Haziq Hussni
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syurgalah Tempatmu Suami,” – Memey Suhaiza Masuk Wad, Norman Hakim Giat Urus Anak-Anak Tapi Reaksi Abby Memang Win!

Kini terpaksa ditahan di hospital selepas beberapa hari mengalami demam panas, pelakon Memey Suhaiza merakamkan rasa terharu dengan pengorbanan suami, Norman Hakim yang mengambil tanggungjawab menguruskan anak-anak.
Malah, Memey turut meluahkan kebimbangan memandangkan anak ketiganya, Mikayla Delisha Hakim masih lagi menyusu badan.
“Kesayangan saya @normanhakim_786
Berapa hari mummy demam panas dialah yg menguruskan segalanya pasal anak.
“Wlpn sibuk shooting balik pkl 2,4 pagi, subuh trs menguruskan anak sekolah, serba serbi la papa yg buat..sbb mummy tak boleh buat apa2 cuma terbaring tido.
“Hari ni kena masuk wad plk..sbb Dr nak monitor. Kena jaga kita lg.. syurgalah tempat mu suami. Doakan semoga mummy cepat sembuh dipermudahkan semuanya. Mummy risau tinggal mikayla.. dahlah dia kuat bf,” tulis Memey.
Atas kekangan itu juga, Memey turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
“Mummy takde ni mcm mana lah.. tak dapatlah nak susu selalu.
“Mikayla sejenis direct bf. Tak jalan pam2 ni. Doakan k,” kongsinya lagi.
View this post on InstagramA post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Abby Abadi bagaimanapun di ruangan komen secara seloroh bertanyakan sama ada Memey kini sedang berbadan dua.
Memey dan Norman yang mendirikan rumah tangga pada 2011 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.
Foto : Instagram Memey Suhaiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI