
Sering tampil dengan gaya boyish dan lasak, penampilan anak perempuan usahawan sensasi Datuk Seri Vida, Cik B yang menggayakan rambut palsu panjang mengurai mendapat pujian netizen.
Menerusi perkongsian Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 17, di akaun TikTok miliknya, selain menggenakan rambut palsu, Cik B turut menyarung gaun berkilauan untuk melengkapkan gayanya.
Menerusi video itu, Cik B merakamkan video lagu Swipe nyanyian rapper Alyph yang kini menjadi siulan di media sosial tersebut.
Watch on TikTok
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan mereka tidak menyangka itu adalah Cik B, malah ada yang menyuruhnya untuk mengekalkan ‘look’ sebegitu yang kelihatan lebih manis dan ayu.
“Cik B, ini betul-betul kena. Cantik!
“Kan comel, feminin.
“Cantiklah Cik B. Macam Vicha pun ada, dua-dua pun cantik, comel.
“Lah Cik B ke? Hihi cantik sangat.
“Lawalah Cik B, macam pelakon Korea.
“Cik B macam ini baru ayu,” tulis netizen yang teruja dengan ‘transformasi’ gaya yang ditunjukkan Cik B.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takkan Nak Buat Tak Nampak, Circle Kami Sama,”- Ellie Suriaty & Azri Iskandar Kembali Bertemu

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di satu majlis yang sama bersama bekas suaminya yang juga merupakan pelakon, Azri Iskandar.
Kedua-dua mereka merupakan antara pelakon undangan yang membuat penampilan di dalam salah satu episod bagi drama, Tanah Kubur musim ke-16.
Menurut Ellie atau nama sebenarnya atau Ellie Suriaty Omar, meskipun sudah bercerai, dia dan Azri tiada masalah untuk bersikap profesional memandangkan merka juga mempunyai kelompok rakan-rakan yang sama.
“Saya tahu dia pun turut berlakon di salah satu episod di dalam drama ini. Kami ambil pendekatan sebeginilah, kami punyai kawan dan ‘circle’ yang sama. Para pengarah juga merupakan kawan-kawan kami.
“Saya tak nak la bila kami bercerai, akan ada kem Elly Suriaty atau kem Azri Iskandar. Tak elok la sebegitu. Kami pun bukan budak-budak lagi dan sudah matang.
“Kami sudah hidup bersama selama 19 tahun, takkanlah nak buat-buat macam tak nampak. Saya tidak bermusuh dengan dia pun. Penceraian kami sebelum ini pun cara baik,” katanya kepada MH.
Ellie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama arahan pengarah terkenal, Rashid Sibir itu yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, kehadirannya pada hari ini adalah untuk meraikan pihak stesen tv dan pengarah.
“Ini adalah pertama kali pertemuan kami dalam satu event kerja yang sama. Bila ada majlis sebegini, sudah tentu kita kena raikan pihak stesen televisyen.
“Ini merupakan kerja. Saya juga hormati pengarah, Rashid Sibir dan Opera Klasik.
Kami sudah bekerja dengan Rashid berpuluh tahun.
“Takkan la sebab perbezaan kami, saya tak boleh nak hormati pihak stesen tv. Sebab itu saya hadir dan bersikap profesional,” ujarnya lagi.
Sementara itu, pelakon drama Orang Gaji 41 ini tidak menolak sekiranya ditawarkan berlakon dalam sebuah filem atau drama yang sama dengan bekas suaminya itu.
Namun begitu, aktres berkenaan masih belum bersedia untuk digandingkan dalam satu babak yang sama.
“Saya tiada masalah untuk berlakon drama atau filem bersama dia tetapi bukanlah dalam satu babak yang sama.
“Tetapi kalau sudah berada dalam satu set penggambaran yang sama, apa boleh saya buat? Cuma harapnya tidaklah digandingkan dalam babak sama.
“Kita pun kena memudahkan kerja orang lain,” jelasnya.
Ditanya soal hubungan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar dengan anak-anaknya, Ellie memberitahu bekas suaminya tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.
Malah, Ellie sering memastikan agar anak-anaknya sentiasa menghubungi bapa mereka.
“Anak-anak pun sangat baik dengan dia kerana saya tidak pernah pisahkan hubungan dengan ayah mereka.
“Saya selalu ingatkan anak-anak untuk menelefon ayah mereka setiap hari.
“Alhamdulillah, dia pun tidak gagal menjalankan tanggungjawab sebagai bapa,” katanya
Sebelum ini, Azri mengesahkan dia dan Dr Azra sudahpun mengikat tali pertunangan pada 29 Jun lalu bertempat di Kangar, Perlis.
Untuk rekod, Azri dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14.
Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Awak Kuat, Saya Tahu Demi Yem & Som,” – Bekas Suami Nad Zainal

Bekas suami Nad Zainal, Faliq Amiruddin menitipkan harapan buat aktres tersebut yang ketika ini dilaporkan kritikal dan dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU)di Hospital Pakar Ampang Puteri sejak Isnin lalu.
Menerusi Insta Stories, Faliq berdoa semoga Nad terus kuat demi anak-anak, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun kini berada di bawah jagaannya.
“Awak kuat. Saya tahu. Kuat demi Yem dan Som,” tulisnya ringkas, sebentar tadi.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian aktor, Ungku Ismail yang memberitahu Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin berada dalam kritikal.
Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.
Semalam bintang berusia 32 tahun itu dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid.
Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Sementara sekitar April lalu, dia yang popular menerusi drama Takdir Yang Tertulis mendedahkan mengalami batuk berkahak akibat pasca Covid-19 sehingga menyukarkannya untuk bekerja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syatilla Melvin Serah Hasil Untung Tampung Dana Bina Masjid Di Perak – “Suraunya Kecil Tak Mampu Menampung Anak-Anak Tahfiz Serta…”

Baru-baru ini pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin telah pun bersetuju menjalinkan kerjasama dengan pengasas LB Creuset bagi melancarkan produk masakan utara, Nasi Daging Telentang yang kini kian mendapat tempat.
Menurut Syatilla, projek ini bukanlah satu usahasama yang biasa kerana dia juga mempunyai misi yang tersendiri untuk dilaksanakan.
“Apabila pihak LB Creuset mengajak saya untuk berkerjasama, saya terus terfikir untuk tidak menggunakan hasil keuntungan ini untuk diri saya semata-mata.
“Saya dah ada sumber pendapatan yang lain terutamanya dari bisnes saya untuk menampung hidup.
“Bila peluang seperti ini hadir, saya ingin memanfaatkannya untuk orang lain. Saya hanya sebagai platform.
“Saya mahu orang yang gunakan platform saya untuk raih pahala. Saya dapat pahala anda pun dapat pahala,” katanya kepada MH.
Isteri kepada aktor, Shaheizy Sam itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang di Eastin Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Katanya lagi, segala hasil keuntungan daripada projek usahasama ini akan didermakan untuk menampung dana membina sebuah masjid di Sungai Siput, Perak.
“Soal masjid ini pula, saya rasa memang rasa bertuah kerana salah seorang ahli keluarga saya dia memang menuntut di sekolah pondok di sana. Keadaan di sana amat sederhana.
“Suraunya pula sangat kecil dan tak mampu untuk menampung anak-anak tahfiz serta penduduk kampung di sana. Bila masyarakat sana ada niat nak bangunkan masjid, projek terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan bajet.
“Mereka juga dah buntu walaupun dah iklankan dibeberapa tempat, masih tiada orang yang tolong. Bila saya dapat tahu, saya rasakan saya boleh tolong. Orang kenal saya, kenapa pula saya tak nak gunakan kesempatan ini untuk tolong orang.
“Dengan niat ini, saya tidak akan ambil satu sen pun. Sebenarnya itu bukan duit saya tapi duit mereka yang membeli produk ini.
“Walaupun sepatutnya jadi hak saya, saya nak serahkan semuanya di sana supaya sebelum tahun 2021 masjid ini dapat disiapkan,” jelasnya lagi.
Pada majlis tersebut, pihak LB Creuset turut melancarkan ‘pakaging’ terbaru edisi Ramadan. Nasi Daging telentang ini disediakan sendiri menerusi air tangan pengasasnya, YM Syed Haniff dan Leon Puung.
Nasi Daging Telentang boleh dipesan menerusi agen-agen berhampiran meliputi kawasan di seluruh semenanjung Malaysia.
Bersempena bulan Ramadan, pihak LB Creuset turut menawarkan promosi untuk Combo Pack Family Telentang dengan harga RM88 (4pax) manakala Individu Telentang Pula berharga RM22 (1pax).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI