
Perkongsian foto daripada pelakon cantik, Uqasha Senrose mencuri perhatian wargamaya.
Perkongsian gambar pada Khamis yang dirakam berdua bersama suaminya yang juga pelakon Kamal Adli menerima reaksi pelbagai.
Di dalam yang memuji melihat penampilan kakak kepada Uqasha Senrose ini, tak kurang yang mengusik dengan mendakwa tuan badan telah menyunting fotonya.
“Sis I boleh tolong editkan elok sikit kalau sis nak. Jelas sangat tu nampaknya tu,” antara komen yang tertera.
Bagaimanapun, Uqasha menjawab;
“Excuse me I cross my kaki. Tak habis-habis nak condemn. Whats wrong w u (with you) people. Haiyoo,” balas Uqasha.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 30,000 tanda suka daripada para peminatnya.
“Right finished shoots today, then cik suami bawa makan kejap amik angin luar sat,” tulis ringkas juga menerusi ruangan kapsyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“PM Kita Tetap Membumi, Saling Menjaga…,” – Video Spontan Ismail Sabri Bersembang Dengan 2 Kanak-Kanak Di Pondok R&R Tular, Zulin Aziz Tumpang Gembira

Satu perkongsian video menerusi Instagram hari ini yang memaparkan pertemuan mesra antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan dua kanak-kanak bersama bapa mereka di sebuah pondok di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lekas, mencuri perhatian ramai.
Meski dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, namun beliau dilihat masih sempat isi masa menyantuni rakyat.
Menerusi video spontan itu, Ismail yang sedang berjalan dan lalu berhenti di pondok terbabit untuk berborak anak-anak kecil yang sedang makan sambil bersama bapa mereka.
“Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas.
“Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata,” tulis beliau di ruangan kapsyen.
Lalu sikap keprihatinan yang dipamerkan beliau disusuli dengan reaksi positif daripada pengguna Instagram di ruangan komen.
Rata-ratanya memuji sikap serta menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang gemar luang waktu bersama rakyat.
Sementara itu, hos dan pelakon Zulin Aziz turut sama tampil memuji sikap Perdana Menteri.
Menurut Zulin, dia sama-sama tumpang gembira sekali gus menyeru sikap sedemikian perlu diterapkan dalam diri golongan bergelar pemimpin.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Nahu Rindu ini dalam satu muat naik terbarunya di Instagram.
“Beginilah baru dinamakan Keluarga Malaysia. Walaupun berada di atas, Perdana Menteri kita tetap membumi dan saling menjaga antara satu sama lain.
“Zulin gembira sangat bila tengok video Perdana Menteri meluangkan masa sekejap walaupun sibuk dengan kerja seolah-olah tiada jurang antara kita.
“Budaya sebegini yang perlu diterapkan apabila dilantik sebagai pemimpin,” tulisnya.
Bintang berusia 31 tahun itu juga memuji konsep Keluarga Malaysia yang diterapkan Ismail.
“Konsep Keluarga Malaysia memang sesuai dengan keadaan sekarang ini. Kita perlu bersatu dan tak boleh pentingkan diri.
“Terima kasih Perdana Menteri di atas cinta dan kasih kepada keluarga Malaysia,” tulisnya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Patut All The Time Dia Senyum,” – Semua Terkejut Ending Takdir Yang Tertulis, Mika Rupanya Anak Hakim?

Drama yang mencipa fenomena, Takdir Yang Tertulis lakonan mantap para pelakon utamanya, Nazim Othman, Nad Zainal dan Elvina Mohamad sudah pun melabuhkan tirainya pada Selasa.
Malah, episod akhir drama yang bersiaran sebanyak 15 episod menerusi slot Samarinda di TV3 itu turut diperkatakan ramai hingga menjadi trending di laman Twitter.
Semuanya gara-gara kejutan di penghujung episod akhir bila mana Mika (Isaac Iman) yang sebelum ini didedahkan sebagai anak kepada Ruhila dan Ean lakonan Alvin Chong, rupanya mungkin juga anak kepada peguam kepada Che Salmah, Hakim yang dilakonkan Muaz Fitri.
Lalu menerusi posting terkini Nad Zainal di Instagram, dia yang mendukung watak sebagai Juweta turut berkongsikan respon.
“Patut all the time dia senyum. Laa belum move on. Takdir Yang Tertipu,” tulisnya ringkas.
Lalu, foto yang merakamkan babak Hakim dan Ruhila itu pantas menerima reaksi pelbagai di kalangan warganet.
Rata-ratanya terkejut dan ada yang meminta drama tersebut disambung ke musim kedua.
Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama ini mengisahkan konflik perhubungan di antara empat kenalan iaitu Azlan, Juweta, Ean dan Ruhila.
Ruhila merupakan teman rapat kepada Juweta yang seorang wanita tegas dengan memiliki ego yang tinggi melangit.
Sementara Azlan pula ialah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja atas nama cinta namun sentiasa menghadapi masalah bersama isterinya, Juweta.
Ruhila pula yang berpasangan dengan Ean, ditampilkan sebagai seorang wanita positif sebelum takdir mengubah dirinya menjadi seseorang yang berbeza daripada sebelumnya.
Foto: Instagram Nad Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Main Bola Tapi Bola Takde,” – Sepahtu Reunion Live Akan Berlangsung Tanpa Penonton, Ini Reaksi Jep

Setelah sekian lama berehat, Sepahtu Reunion Live akhirnya tampil dengan musim terbaru.
Masih mengekalkan barisan pelawak yang sama seperti Jep, Syuk, Rahim, Ilya serta barisan cameo jemputan, Sepahtu Reunion Live kini tampil dengan sedikit kelainan apabila mereka dikatakan bakal beraksi tanpa kehadiran penonton dek kerana pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak Rabu.
Menurut Jep pula, apabila dia tahu mengenai perkara tersebut, ia secara tidak langsung memberikan pengalaman yang berbeza buat dirinya sepanjang bergelar pelawak.
“Bila dapat tahu #sepahtureunionlive Khamis ni kau kena buat lawak tanpa penonton…Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi takde bola,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, ketika menjawab komen salah seorang individu, Jep memberitahu, membuat lawak ketika tiada penonton semasa sesi rakaman adalah berbeza jika ingin dibanding dengan persembahan secara langsung.
“Record dengan live banyak beza,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat seluruh tenaga kerja Sepatu Reunion Live selain turut tidak sabar nanti persembahan minggu pertama kumpulan tersebut.
Sepahtu Reunion Live bakal bersiaran setiap Khamis bermula malam ini secara eksklusif di Astro Warna (127) dan Warna HD (107) jam 9.00 malam.
View this post on InstagramA post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on
Sumber: Instagram Jep Sepahtu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI