Selain penyanyi yang bertanding, barisan artis jemputan yang memeriahkan Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) turut mendapat perhatian penonton.
Diundang menjayakan persembahan pembukaan, penyanyi Wany Hasrita kelihatan menawan dalam persalinan rekaan Seth & Luna ketika menyanyikan lagu 7 Nasihat pada majlis berprestij itu.
Dalam pada itu, rata-rata netizen berpendapat penampilan Wany pada malam itu kelihatan seperti sedang berbadan dua, malah ada dalam kalangan penonton mendakwa ternampak ‘baby bump’ di perut penyanyi berusia 31 tahun itu walaupun dia memakai pakaian yang cukup longgar dan sopan.
“Cantik outfit Wany malam tadi,” komen sebahagian netizen.
Untuk info, Wany mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 31, pada 22 Julai tahun lalu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Lisa Surihani mengakui keputusannya untuk mengenakan hijab disebabkan permintaan sesiapa atau mengikut kehendak suaminya termasuk suaminya, Yusry Abdul Halim.
Tegas Lisa lagi, keputusan yang dibuat sejujurnya tidak dipengaruhi sesiapa, malah apa apa yang dilakukan difikirkan sebagai yang terbaik.
“Biasanya kalau orang tanya apa kata suami, saya minta tolong untuk tanyakan padanya sendiri. Lebih baik untuk tanyanya terus.
“Sebab saya mungkin merasakan benda ni bukan sebab atas suruhan atau sesiapa, termasuk dirinya. Cuma mungkin saya dapat rasakan, dia inginkan saya buat keputusan tersebut sendiri, atas sebab yang betul.
“Ataupun sebab yang kita semua harapkan adalah perkara yang betul,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Lisa juga tidak menafikan dia mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi memandangkan hijrahnya ini merupakan suatu hal yang bersifat peribadi.
“Sejujurnya, saya baru pulang dari umrah dan jika perkara ini mudah, saya cepat-cepat akan kongsikan gambar dan beri masing-masing faham. Akan tetapi di sebalik mengapa saya kenakan hijab, ia amat peribadi,” jelas Lisa.
Malah, katanya lagi, dia turut tidak berapa gemar dengan istilah ‘perubahan imej’ yang sering disinonimkan dengan wanita yang baru mengambil keputusan untuk bertudung.
“Bukan satu keputusan yang dilakukan semalaman. Ia suatu perjalanan yang panjang jadi pada masa sama, kenapa saya tak begitu gemar dengan perkataaan imej atau ‘new look’, kerana ia ibarat menghadkan definasi hijab pada sisi pemakaian sahaja.
“Bila sebenarnya definasi hijab itu lebih luas konteksnya. Saya pun masih berdoa, meski saya masih mencari hidayah. Jadi saya minta semua untuk doakan saya istiqamah,” katanya.
Terdahulu, bintang Istanbul Aku Datang ini ditemui media pada majlis rakaman program Tanya Doktor Imelda.
Tanya Doktor Imelda merupakan sebuah rancangan bual biacara khuhus buat golongan wanita terbitan Astro Prima dengan kerjasama strategik bersama pihak Karangkraf menerusi Ideaktiv Sdn. Bhd.
Bakal bersiaran bermula 4 Julai depan, Tanya Doktor Imelda bakal bersiaran secara eksklusif setiap Khamis jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Terdahulu, Lisa menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto berhijab selepas menghadiri sidang media sebuah aplikasi sosial di ibu kota baru-baru ini.
Spekulasi mengenai penghijrahan pelakon popular itu mulai diperkatakan apabila rakan pelakon, Intan Ladyana turut berkongsi foto bersama Lisa yang sudah berhijab beberapa hari lalu menerusi Instagram miliknya.
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu para wanita khususnya yang berhijab contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada para hijabi yang sedar, cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk anda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.