Pelakon KAMI The Movie, Liyana Jasmay mendapat komen pelbagai dari netizen gara-gara mengenakan ‘snowcap’ saat berliburan di London.
Malah, aktres itu turut berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.
Lebih ‘hangat’ komen yang diberikan netizen apabila mereka ternampak seperti helaian rambut yang jelas kelihatan menerusi salah satu foto yang dimuat naik.
View this post on InstagramI realized my eyes is not the same size. One is smaller and one is a lil bigger.
A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on
Tidak berdiam diri, Liyana dilihat turut memberikan reaksi terhadap apa sahaja komen yang diberikan netizen, sama ada yang baik dan sebaliknya, termasuk imej mengenakan snowcap hingga menampakkan helaian rambutnya.
Foto: Instagram Liyana Jasmay
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Saya Tahu Pun, Saya Memilih Untuk Menjaga Aib,” – Isu Pemerdagangan Manusia, Ini Komen Zizan Razak
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mendedahkan dirinya juga sama seperti netizen di luar sana yang tidak tahu mengenai siapakah gerangan individu bergelar pelawak yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks baru-baru ini.
Memetik laporan video yang dimuat naik menerusi laman Instagram Utusan Malaysia, Zizan memaklumkan dia sebenarnya turut terkejut sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.
Katanya lagi, seandainya pun dia tahu mengenai perkara tersebut, dia lebih memilih untuk tidak membuka aib individu berkenaan.
“Saya tak tahu mengenai perkara itu. Saya langsung tak ambil tahu. Saya pun terkejut juga bila mendengar mengenai perkara ni.
“Nak kata saya ingin mencari tahu, memang tidaklah. Pada saya, misal kata kalau saya tahu sekali pun, saya lebih memilih untuk menutup aib.
“Kepada sesiapa yang terlibat, pandai-pandailah uruskan dan selesaikan masalah ini. Saya harapkan yang baik-baik sahaja kepada rakan-rakan pelawak,” katanya seperti yang dipetik.
Ketika ramai pelawak-pelawak tempatan yang kena tempias berhubung isu panas ini, pelakon filem, Abang Long Fadil itu turut memaklumkan dirinya juga tidak terlepas daripada menerima mesej-mesej yang sama.
“Ada juga yang DM dan mesej saya secara peribadi bertanyakan mengenai individu tersebut. Saya tak boleh jawab sebab saya tak tahu.
“Saya pun terkejut apa yang terjadi sebenarnya. Bila dah malam baru saya check mesej-mesej tersebut kemudian barulah saya Google. Jadi, saya pun tanya orang juga dan mereka pun tiada jawapan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Zizan turut berpendapat sebaiknya isu ini biarlah diselesaikan sensiri oleh pihak berwajib.
“Pada saya, kita doakan sahaja yang baik-baik sudahlah. Kadang-kadang bila ada keadaan sebegini, kita tuduh seseorang rupanya orang lain.
“Saya rasa pihak berkuasa lebih tahu mengenai perkara ini. Lebih baik bertanya kepada mereka yang lebih tahu daripada bertanya kepada saya,” akhirinya.
Terdahulu, individu bergelar pelawak yang ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad difahamkan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.
Sumber: Instagram Utusan Online & Zizan Razak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
K-Clique Dah Jadi ‘Hamba’ Mainstream, Lupa Daratan? – “Saya Sama Sekali Tak Boleh Terima,” – MK
Anggota kumpulan K-Clique, MK menafikan tanggapan segelintir pihak yang melabelkan mereka terlalu mengejar populariti sehingga sanggup menjadi ‘hamba’ media arus perdana.
Menurut MK, sehingga kini dia bersama K-Clique masih selesa bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana pihak.
Malah, rapper berusia 24 tahun itu turut menyifatkan melabel mereka sebagai ‘hamba mainstream’ adalah sangat keterlaluan.
“Kalau kata kami ni hamba mainstream saya sama sekali tidak boleh terima perkara tersebut. Saya dan K-Clique sendiri masih lagi ‘independent’.
“Kalau kata saya atau K-Clique kejar mainstream agak sedikit mustahil. Kami masih berdiri di kaki sendiri, kerja sendiri dan tidak menjadi hamba mana-mana pihak mainstream pun.
“Kami hanya mengikut haluan kami sendiri tiada apa yang ingin kami kejarkan. Kami hanya berkerja untuk mencari kesenangan dan kemudahan untuk diri sendiri dan juga keluarga.
“Maksud yang ingin saya sampaikan disini adalah kami mampu untuk bergerak sendiri. Jangan anggap kami ni hamba mainstream,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, MK mendedahkan dia tidak kisah seandainya kumpulan mereka dapat menjadi contoh rujukan kumpulan lain demi mengembangkan industri seni tanah air.
“Ambil kami ini sebagai contoh. Kalau kami boleh buat semua perkara ini sendiri kenapa tidak anda?
“Kami juga bermula dari bawah sama seperti orang di luar sana juga. Mungkin anda boleh jadikan kami sebagai contoh.
“Atau cuba sedikit sebanyak ikut cara kami untuk sama-sama kita naik dalam industri ini,” kongsinya lagi.
Ketika ramai yang mendakwa MK dan K-Clique kini seperti sudah lupa daratan, ini reaksi yang diberikan oleh penyanyi lagu Pulang itu.
“Tak salah pun mereka nak anggap kami seperti itu. Itu hanya tanggapan.
“Tapi bagi yang mengenali diri kami dan yang sentiasa ada di belakang kami, alhamdulillah mereka masih menganggap kami seperti dulu dan tiada apa pun yang berubah,” jelasnya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semua Dapat Full Tank,” – Nak Bagi Minyak Free Bernilai RM10,000 Jumaat Ini, Ramai Pula Cadang Caprice Jadi Wakil Rakyat
Rapper dan usahawan, Caprice mengumumkan dirinya bakal memberikan minyak kenderaan secara percuma kepada orang ramai pada Jumaat ini.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, pemberian minyak secara percuma itu juga terbuka kepada semua jenis kenderaan.
Katanya lagi, jumlah minyak yang akan diberikan adalah bernilai RM10,000.
“Assalamualaikum, sesiapa yang mahukan minyak percuma, saya ingin belanja anda pada Jumaat ini jam 2.30 petang di Petronas Jelatek 2.
“Korang boleh membawa kereta, motosikal van ataupun bas kerana kerana akan berikan minyak percuma berjumlah RM10,000,” katanya.
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Takut ini menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Selain minyak percuma, orang ramai yang bertuah juga berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa berupa barangan eksklusif milik Caprice sendiri.
“Anda hanya perlu datang sahaja pada Jumaat ini. Saya juga akan berikan barangan pre-love saya seperti kasut, topi dan beberapa barangan edisi terhad. Kita jumpa di sana nanti,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan semoga Caprice akan sentiasa dimurahkan rezeki selepas ini.
“Allahuakbar, semoga Allah murahkan rezeki Caprice.
“Semoga Caprice sekeluarga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa dilindungi Allah.
“Semoga dipermudahkan segala urusan kebaikkan yang dibuat Caprice.
“Terima kasih Caprice kerana selalu membantu. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Malah, ada juga segelintir pihak yang mencadangkan agar Caprice bertanding sebagai wakil rakyat dek kerana usaha murninya itu.
Sementara itu, menerusi soal jawab di ruangan komen, Caprice memberitahu kesemua yang berkesempatan hadir akan menerima minyak secara ‘full tank’.
Setakat ini, video berdurasi kurang seminit itu telah pun meraih jumlah tontonan hampir 400,000 di laman Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Caprice
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI