Netizen Tegur Nampak Macam ‘Baby Bump’, Isteri Haqiem Rusli Balas…

Share

Selain Haqiem Rusli, isterinya, Anis Sofea turut tidak terlepas daripada menjadi perhatian netizen.

Baru-baru ini menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya, Anis telah ditebak persoalan mengenai adakah dia kini sedang hamil.

Menerusi video tersebut, Anis dilihat menggayakan pakaian gaun rona hitam berkilat buat tatapan pengikutnya.

Menjawab pertanyaan tersebut, Anis menafikan perkara itu sebaliknya mengatakan perutnya sedikit buncit pada ketika itu.

@anissofeazsajerr nak tunjuk outfit itee

♬ All the baddies using this sound – 🤍

“Omg dah ada babybump,” komen netizen tersebut.

Lantas, Sofea atau nama sebenar, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 20, membalas, “Naur (no), baby buncit adalah.”

Sekadar info, Haqiem, 24, dan Sofea mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar