Fesyen dan gaya raya selebriti pastinya dinanti-nantikan peminat setia mereka.
Antara yang pastinya bergaya sakan sudah tentunya pelakon Rozita Che Wan yang selalu tampil sedondon dengan suami, Zain Saidin dan tiga anaknya.
Tampil sedondon dengan baju raya berona biru muda, Rozita atau Che Ta kelihatan menawan menggayakan busana rekaan Fizi Woo.
Selain berkongsikan gambar photoshoot raya keluarga, Che Ta turut memuat naik video saatnya bersalaman memohon kemaafan daripada suami tercinta sambil disaksikan anak-anaknya.
Menariknya, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka terhibur dengan gelagat bersahaja anak perempuan Che Ta, Aaisyah Dhia Rana saat Che Ta bergurau mesra meminta ciuman daripada Zain.
“Comel je Aaisyah dok renyeh tengok kelaku mummy dia.
“Aaisyah perhati je tu mummy.
“Aaisyah tengok macam tak puast hati tu.. hehe.
“Aaisyah bahagia tengok parent dia,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Che Ta berkahwin dengan Zain pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia sembilan tahun.
Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 27, dan Aniq Ezra, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Penting, Saya Berpuas Hati…,” – Ulang Tahun ke-25 Dalam Industri Seni & Sempat Siapkan 2 MV, Hadiah Siti Nurhaliza Sebelum Bersalin Anak Keduanya
Penyanyi tersohor, Dato’Sri Siti Nurhaliza menyambut ulang tahun ke– 25 tahun di dalam industri seni, hari ini.
Beliau yang kini sedang sarat hamil telah menghadiahkan sesuatu yang istimewa pada tarikh istimewa ini dengan melancarkan album lagu kanak-kanak, Legasi.
Album terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd diterbitkan secara digital dan juga album fizikal.
Bermula 1 April, para pencinta muzik dan peminat boleh mendapatkan album penuh di seluruh platform digital dan pihak SNP memberikan kepercayaan kepada syarikat Universal Music Sdn. Bhd sebagai pengedar.
Sementara, album fizikal atau CD pula boleh dilanggan melalui platform snp.onpay.my atau menerusi Affiliate SNP yang sah.
Bagi penerbitan album yang ini, Siti telah memberi kepercayaan kepada penerbit muda, Pown Hasril bagi memberikan sentuhan baru dan segar untuk keseluruhan lagu yang ditampilkan.
Menariknya juga, Siti juga sempat menyiapkan dua buah video sebelum berehat untuk persediaan melahirkan dan berpantang.
Video muzik lagu Medley Klasik Siti 1 akan dilancarkan padajam 9 malam, 1 April di saluran youtube Siti Nurhaliza.
Video muzik ini mendapat kerjasama daripada syarikat Beausiti dan Wonderlab.
Sebuah lagi video muzik ialah menerusi lagu ciptaan Siti untuk bayi yang bakal lahir yang diberi judul Anakanda.
Video muzik untuk lagu ini mendapat tajaan syarikat Cuckoo dan akan dilancarkan pada bulan April juga.
Menurut Siti, penerbitan album kanak-kanak ini merupakanusaha beliau bagi melestarikan lagu kanak-kanak klasiksupaya terus diingati dan menjadi warisan generasi akan datang.
Selain itu, sebagai penyanyi yang telah bergelar ibu, Siti berpendapat lagu atau muzik kanak-kanak mempunyai impak positif bagi membantu perkembangan dan pembelajaran.
Kanak-kanak dilihat lebih cepat dan peka mempelajaribahasa,kreativiti, motivasi dan tunjuk ajar.
“Apa yang penting adalah mesej yang kita sampaikan di dalam sesebuah lagu. Anak-anak ini akan cepat belajar dan memahami, justeru dalam lirik lagu kanak-kanak termasuk olahan lirik terbaharu, saya memberikan mesej yang baik serta berguna,’’ ujar penyanyi berusia 42 tahun ini.
Single Medley Klasik Siti 1 merupakan lagu kanak-kanak yang sering dinyanyikan oleh Siti bersama rakan-rakan sewaktu tinggal di berek polis di Kuala Lipis, Pahang.
Nostalgia puluhan tahun lalu diabadikan oleh beliau di dalam sebuah lagu dan berharap agar permata hatinya, Siti Aafiyah mengenal lagu kanak-kanak zaman beliau dahulu.
Ujar Siti, beliau berharap agar album Legasi tidak disamakan dengan album komersil beliau yang lain.
Penerbitan sebuah album komersil pasti tidak sama dengan album kanak-kanak yang lebih santai dan tentunya berbeza dalam banyak aspek serta pemilihan.
Namun apabila mendengar album ini, dia yakin usahanya tidak sia-sia kerana Legasi menampilkan keistimewaan yang tersendiri.
“Saya tetap mengutamakan kualiti muzik, bunyi dan gubahan yang baik dalam sesebuah lagu dan album Legasi mempunyai keseronokan tersendiri sewaktu di dalam studio.
“Apa yang penting, saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja dan usaha yang dibuat oleh Pown Hasril selaku penerbit bersama pasukan kerjanya,’’ katanya.
Album Legasi mengandungi 7 buah lagu dan mempunyai 10 buah track termasuk interlud.
Di dalam album ini, Siti turut menghasilkan sebuah lagu buat anak yang bakal dilahirkan yang diberi judul Anakanda.
Sebuah lagi lagu ciptaan beliau sebelum ini iaitu Comel Pipi Merah turut dimuatkan di dalam album ini.
Lain-lain lagu termasuk Anakku Sayangku (lagu asal Anakku Sazali), Medley Klasik Siti 2, Bintang Kecil dan Burung Kakak Tua.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakat Semakin Di Iktiraf! Kenali Bintang Suara Gemersik Sebalik Lagu ‘Langit Yang Sama’
Lagu ‘Langit Yang Sama’ Menjadi Viral, Bakat Dalia Semakin Mendapat Perhatian!
Dalia Farhana merupakan penyanyi yang cukup dikenali di media sosial kerana suaranya yang merdu. Apabila dia menyanyikan lagu-lagu sedih, ramai orang akan terharu dengan nyanyiannya.
Sebelum ini, Dalia Farhana sering membuat cover atas permintaan orang ramai dan dari situlah dia menjadi popular dalam media sosial.
Kali ini, lagu terbaru Dalia Farhana menjadi viral dan mendapat perhatian ramai. Tajuk lagu tersebut ialah Langit Yang Sama, dan ianya sungguh menarik.
Bakat Dalia atau nama sebenar Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar semakin mendapat perhatian. Baru-baru ini, suara Dalia mendapat perhatian ribuan orang yang mendengar perkongsian dalam media sosial dia menyanyikan lagu secara langsung.
Dalia kelihatan sangat teruja untuk menunjukkan lagu baharunya kepada seluruh dunia kerana ramai orang sebenarnya tidak tahu siapakah penyanyi sebenar lagu ini.
Lagu terbarunya yang telah ditonton sebanyak 2.2 juta kali sudah pasti membuatkan orang ramai tertarik kepadanya. Suara Dalia sudah tidak diragui lagi kerana telah membuatkan ramai orang tertarik kepadanya.
Ramai orang di YouTube menyukai lagu-lagu yang di cover oleh Dalia dan ada yang mengatakan ia membuatkan mereka berasa sedih.
Antara lagu yang melekat di hati peminatnya ialah Pulang, Bukti, Waktu Yang Salah dan Hanya Rindu. Ada juga yang mengatakan lagu-lagu jiwang itu sangat sesuai untuk dinyanyikan oleh Dalia Farhana.
Peminat Dalia sangat teruja dan akan terus menyokong Dalia.
Sekadar info, Dalia mempunyai jumlah follower TikTok sebanyak 529.3K dan 19.6juta likes ramai yang menyukai suara merdunya itu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sumber Foto: Instagram Dalia Farhana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Ni Bertahun Jumpa Segala Doktor Pakar, Pergi Seluruh Pelusuk Berubat…,” – Dihina Mandul, Dipanggil Pu*****, Elizad Lapor Polis!
Pelakon Elizad Sharifuddin tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil malam tadi terhadap pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Zain Rashdan atas komen serta status berbaur penghinaan terhadapnya.
Menurut Elizad, dia sebelum ini jarang untuk mengambil berat soal komen yang ditinggalkan individu tidak dikenali, sehinggalah hatinya kesal selepas didakwa mandul.
“Di mulakan dgn salam & Bismillahirrahmannirrahim . Pertamanya, jarang2 aku ni melayan komen2 “ bodoh “ mcm ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL, it really hurts me so bad.
“Kau Allah ke? Tahu aku ni mandul ke x? Boleh beranak ke tak?!! Menggigil, terketar tgn ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat2 sgt! Kau suke ke kalau tgk aku ni bercerai berai sbb aku belum ade zuriat?!,” tulisnya.
Di dalam kapsyen panjang tersebut, Elizad turut menjelaskan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Malah, dia sendiri tidak pernah putus usaha ikhtiar mendapatkan zuriat.
“Im crying while i text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke x? Pernah kerjasama dgn aku ke?Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload keee ???!!!
“Lain org lain cara nya. I dont need any stupid attention! Im happy with my life. Dapat anak ke x ke, itu kerja Allah. Cuma, no one can say that “ MANDUL “ word to me!
“Kau tahu tak? Aku struggle mcm nak mati nak dpt kan zuriat sendiri! Hari2 dlm solat menangis2, mintak pada Allah jgn biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT! Menangis kecewa sbb takde peneman umur dah mcm ni.
“Aku ni bertahun, berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini, SAKIT TAHU TAKKK ???!!! SAKITTT !!! Yang KAU, senang2 PUKIMAK KAN AKU & CAKAP AKU MANDUL!
“Apa aku rasa? Family aku rasa? Org yg tahu & nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak dapatkan ANAK! Kau simply boleh ckp aku MANDUL & PUKIMAK?,” tulisnya lagi.
Akaun tersebut meninggalkan komen menerusi artikel yang dimuatnaik di laman sosial sebuah portal hiburan tempatan dan turut membuat status di Facebooknya iaitu;
“Sama-sama kita doakan Elizad dapat zuriat walaupun Elizad sendiri tak solat tak tutup aurat… Jom aminkan p******. Amin.”
Sehubungan dengan perkara tersebut, bekas penyampai radio itu telah membuat laporan polis dan menzahirkan ucapan terima kasih atas pihak yang memberikan kata-kata semangat buatnya.
“Jarang aku amik port & x maafkan org. But not this time! Luluh hati ni, sedih sgt2! Tuhan je tahu. I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil.
“Thank u so much Koperal Farhana & semua anggota polis yg membantu juga Inspektor William Balai Polis Sg Besi. Buat Brother yg backing saya dlm video tanpa saya kenali anda, terima kasih byk2.
“Juga mereka yg sentiasa menyokong & memberi kata2 semangat buat saya. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala kata2 kebaikan anda. Selebih nya, tgu esok utk tindakan selanjutnya, cc : Tuan Lawyer @faiziskandar_ P/s: ZAIN RASHDAN, kau cuit salah org,” tulisnya lagi.
Pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu sebelum ini mengalami keguguran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober.
Elizad mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI