Fesyen dan gaya raya selebriti pastinya dinanti-nantikan peminat setia mereka.
Antara yang pastinya bergaya sakan sudah tentunya pelakon Rozita Che Wan yang selalu tampil sedondon dengan suami, Zain Saidin dan tiga anaknya.
Tampil sedondon dengan baju raya berona biru muda, Rozita atau Che Ta kelihatan menawan menggayakan busana rekaan Fizi Woo.
Selain berkongsikan gambar photoshoot raya keluarga, Che Ta turut memuat naik video saatnya bersalaman memohon kemaafan daripada suami tercinta sambil disaksikan anak-anaknya.
Menariknya, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka terhibur dengan gelagat bersahaja anak perempuan Che Ta, Aaisyah Dhia Rana saat Che Ta bergurau mesra meminta ciuman daripada Zain.
“Comel je Aaisyah dok renyeh tengok kelaku mummy dia.
“Aaisyah perhati je tu mummy.
“Aaisyah tengok macam tak puast hati tu.. hehe.
“Aaisyah bahagia tengok parent dia,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Che Ta berkahwin dengan Zain pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia sembilan tahun.
Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 27, dan Aniq Ezra, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dari Rumah Flat, Sekarang Ada Rumah Sendiri Di Tengah Ibu Kota Dengan Nilai RM5 Juta,” – Aliff Syukri Usaha Mahu Balas Jasa Bapa Kandung
Sejuk hati apabila menonton sepotong video yang dikongsikan pengasas kosmetik yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri apabila membawa bapanya mengunjungi kediaman baru usahawan itu di tengah-tengah ibu kota.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu berkongsi video yang dimaksudkan menerusi Instagram.
Katanya menerusi ruangan kapsyen, Aliff mengakui dia puya kesedaran untuk mengubah taraf hidup selepas menyedari dia bukan datang dari keluarga yang senang. Malah, dia juga percaya di mana ada usaha, di situ ada jalan.
“Siapa ada impian mcm saya?? Saya jadi mcm ni sbb saya tahu family saya bukan asal dr org senang. Sy percaya dimana ada usaha disitu ada jalan.. setuju tak??,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Kongsi Aliff lagi mengimbas memori, dia pernah tinggal di kediaman setinggan dan flat.
“Saya pernah duduk rumah setinggan dan rumah flat dan ni impian saya nak ada rumah penhouse di tengah bandar dan mejoriti yg duduk sini bukan2 org biasa,ahli politik, forener, doctor pakar, malah datin sri rosmah pun ada rumah disini.
“Hari ni sy bawa dia tidur sini sbb nak abah saya happy lihat usaha anak dia sendiri anak pengawal keselamatan pun mampu berjaya. Walaupun dulu org panggil saya bodoh belajar sbb tak masuk universiti.
“Sy akan cuba bahagiakan abah saya…dulu dia dah susah utk saya.. Skrg masanya saya balas jasa dia dan sekrang sy mampu mengubah kehidupan saya dr duduk rumah flat sek 20 shah alam block 19 skrg sy ada rumah sendiri disini dgn nilai rm5juta,” kongsinya panjang lebar.
Lalu rata-rata netizen turut memuji niat dan usaha sungguh usahawan itu demi keluarga dan ada juga yang terinspirasi serta berdoa agar niat sama turut dapat direalisasikan mereka.
Foto: Instagram Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Naskhah Arahan Awie Kena Compare Dengan Filem Bajet Besar – “Saya Mengarah Ikut Peruntukan, Bukannya Syok Sendiri.”
Meski ramai yang memuji naskhah sulung arahan Datuk Awie menerusi filem Rebel: Berontak Untuk Berotak, namun ada juga yang membandingkannya dengan naskhah terbitan syarikat produksi gergasi yang menelan bajet berlipat kali ganda.
Awie yang juga vokalis kumpulan Wings berkata, tidak adil untuk membandingkan filemnya itu dengan naskhah yang kos pembikinannya berbajet mewah.
“Saya tak faham kenapa orang nak bandingkan Rebel dengan filem lain?
“Dari segi genre, jalan cerita dan bajet pun filem Rebel sangat berbeza dengan filem lain. Rebel bukanlah filem bergenre aksi berat yang menelan belanja besar.
“Jadi, jangan bunuh semangat saya untuk terus berkarya, memandangkan ini adalah filem pertama sentuhan saya selaku pengarah.
“Saya sudah hasilkan yang terbaik mengikut kemampuan dengan kekangan bajet sedia ada,” katanya.
Mengulas mengenai bajet, kata Awie, dia mengarahkan filem Rebel mengikut kapasiti dan peruntukan bajet disediakan produksi.
“Bajet filem Rebel sederhana berbanding filem lain yang memperuntukkan bajet berganda lebih besar.
“Saya mengarah filem ini mengikut peruntukan bajet, bukannya syok sendiri dan itulah hasilnya. Takkan saya nak buat dengan terlebih bajet pula?
“Kalau dapat bajet lebih besar, mungkin macam-macam benda saya boleh buat,” katanya lagi.
Bagaimanapun, kata Awie, dia tidak akan patah semangat untuk terus berkarya walau apapun maklum balas diterima daripada penonton mengenai filem Rebel.
“Saya akan terus mengarah walaupun kutipan filem Rebel dilaporkan sederhana kerana itu adalah asam garam dalam pembikinan filem.
“Maklumlah, saya sendiri sudah berlakon berpuluh filem dan ada filem lakonan berjaya dan sebaliknya. Itu adalah perkara biasa dalam pembikinan filem.
“Saya sudah rancang sesuatu untuk mengarah filem dengan syarikat sendiri pada masa akan datang,” katanya.
Apapun, kata Awie, dia sangat berharap peminat beri sokongan pada filem Rebel di pawagam tanah air.
“Filem Rebel memiliki mesej dan pengajaran berguna yang mahu disampaikan kepada penonton.
“Antara mesej disampaikan di mana orang selalu menuding jari pada mereka yang nakal dan jahat, tapi apa punca mereka jadi begitu?
“Takkan mereka dilahirkan ke dunia terus nak jadi nakal dan jahat? Mesti ada sebab atau keadaan yang memaksa jadi begitu,” katanya.
Filem bergenre aksi itu diterbitkan Wau Productions Sdn Bhd dan Rumah Produksi Merah Sdn Bhd dengan menampilkan Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama.
Ia turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Mengisahkan perseteruan antara dua individu, Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique) meskipun berada dalam pertubuhan yang sama.
Luka, seorang pemuda yang berasal daripada penempatan setinggan, membesar dalam keadaan serba kekurangan dan dikelilingi elemen tidak sihat seperti penagihan dadah, pelacuran dan gangsterism.
Walaupun berasal daripada persekitaran seperti itu, Luka tetap cuba untuk menjalani kehidupan normal. Bagaimanapun, Luka mempunyai satu sifat membezakan dirinya dengan orang lain seperti tidak boleh menahan diri jika melihat ketidakadilan berlaku di depan mata.
Pada masa sama, berlakunya perseteruan antara Luka dan Bono, seorang budak nakal yang sering mengganggu ketenteraman. Berlaku pergaduhan ketika mereka remaja apabila Bono dan gengnya cuba memeras ugut gerai ibu Luka.
Pergaduhan tidak memihak kepada Luka, tetapi ia merupakan titik perubahan dalam hidupnya. Dia mula memberontak dan menentang ketidakadilan yang berlaku di sekelilingnya.
Rebel: Berontak Untuk Berotak menemui penonton pawagam di seluruh negara sejak 2 Mei lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ratu Balqis Pertaruhkan ‘Buaya’
Mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak berusia 6 tahun lagi, penyanyi Ratu Balqis tidak pernah berhenti mencari tapak untuk berdiri dalam persada seni.
Setelah hampir 15 tahun mencari peluang mengetengahkan bakatnya, kini Ratu Balqis atau nama lengkapnya, Nor Balqis Ahmad Tajudin bakal muncul dengan single debutnya berjudul Buaya, yang turut menampilkan gandingannya dengan penyanyi rap wanita, Mimifly.
Mengulas tentang pemilihan Mimifly sebagai rakan kolaborasi, Balqis berkata ia sebagai tanda penghargaan kepada Mimi yang bukan sahaja merupakan idola saya tetapi juga guru tariannya.
“Saya juga nak ucapkan terima kasih buat Hazama, Genervie Kam dan Afif Tirmizie.
“Sebelum ini saya banyak menerima tunjuk ajar daripada Mimi Ketika program Mentor Milenia 2017 berlangsung.
“Sebagai guru aksi panggung, Mimi banyak mengajar saya tentang ‘stage present’ dan cara untuk memberikan persembahan lebih efektif di pentas,” katanya.
Bercakap tentang pengalaman masuk ke studio merakam karya sulungnya ini, Balqis menjelaskan demo Buaya sudah siap sejak Mac.
“Sebenarnya gubahan lagu telah bermula sejak awal tahun ini dan demo pun sudah disiapkan ketika bulan Mac lalu. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, proses rakaman terpaksa ditangguhkan.
“Bulan Ogos baru dapat masuk studio untuk mulakan rakaman, dan rakaman siap sepenuhnya pada bulan September. Walaupun ada banyak aral melintang, saya bersyukur kerana lagu ini akhirnya siap dan akan dilancarkan tidak lama lagi.
“Akhirnya berpeluang masuk ke studio untuk merakam single pertama saya, sudah pasti ini merupakan pengalaman yang sangat manis buat saya di bawah pengurusan Adopt Entertainment,” akui Balqis.
Buaya merupakan ciptaan komposer Iqie Hugh dan Shaqiel Naufal. Manakala lirik merupakan hasil nukilan bersama Iqie Hugh, Shaqiel Naufal, Ratu Balqis dan Mimifly.
Lagu ini mengisahkan tentang kekuatan seorang wanita yang hidup dikelilingi lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kaum wanita.
Cuba mengetengahkan karakter wanita yang kuat, berdikari, berkerjaya dan berkarisma di dalam mengharungi perjalanan hidup selepas dicurangi dan ditinggalkan, tidak hairanlah apabila lagu ini menjadi istimewa apabila menggandingkan dua penyanyi cantik yang berstatus janda.
“Saya ingin hadiahkan single pertama ini untuk semua terutama keluarga, rakan-rakan dan peminat saya yang tidak putus-putus memberikan semangat untuk saya bangkit dan terus berjuang di dalam industri muzik Malaysia.
“Saya mengharapkan yang single Buaya ini mendapat sambutan dan dapat diterima ramai,” jelas Balqis lagi dalam menyatakan kesyukuran dan harapannya terhadap karya sulungnya ini.
“Lagu terbitan Adopt Entertainment dan edaran Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 9 Oktober lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI