Baru-baru ini satu trend di laman sosial Twitter yang mana kebanyakan individu berusia 30 tahun ke atas berkongsi atau ‘flex’ gambar terbaharu mereka dengan menyatakan usia sebenar masing-masing.
Salah seorang yang tidak ketinggalan menyertai sama ‘hype’ tersebut ialah pelakon Datin Sofia Jane yang kini meniti usia 51 tahun.
Pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu turut memuat naik foto terbaharunya selain berbangga dengan proses penuaan (aging) yang pastinya akan berlaku kepada setiap individu apabila usia semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Meninjau di ruangan komen balas, ramai peminat tidak menyangka aktres itu kini sudah mencecah usia 51 tahun kerana wajahnya yang kelihatan awet muda.
“How do you not even aging?” tanya seorang netizen sebelum dijawab Sofia, “Ageing happily” (menikmati hari hari tua dengan gembira).
Sofia turut berpesan kepada peminatnya yang kehidupan ini adalah singkat, jadi gunakan masa yang ada dengan menikmati proses kehidupan dengan ceria dan sebaiknya.
Untuk rekod, Sofia mendirikan rumah tangga dengan Datuk Meor Zain Azman Mohamad Taib pada 9 September 1995.
Hasil perkahwinan, Sofia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arissa, Khadijah dan Soraya.
Antara filem hebat lakonan Sofia yang sehingga kini masih menjadi sebutan ramai ialah seperti Perempuan, Isteri dan…, Sayang Salmah dan Kekasih Awal Dan Akhir yang kesemuanya diterbitkan pada awal tahun 90-an.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.