Beberapa posting yang dimuat naik usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida di Instagram miliknya mengundang perhatian daripada netizen.
Meski ramai memuji persalinan yang digayakan, namun kali ini saiz bibir penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini turut menjadi buah mulut pengguna media sosial.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan komen, ada yang bertanya mengapakah saiz bibir ibu kepada empat cahaya mata itu kelihatan semakin besar.
Ini antara reaksi yang diberikan;
“Datuk, jangan cucuk filler dah, nanti jadi lagi hodoh. Bibir besar-besar nak pergi mana Datuk?
“Apa tujuan besarkan bibir tu? Serious saya nak tahu.”
“Belum cukup besar lagi, tambah lagi filler bibir biar dari jauh orang nampak macam traffic light.”
“Ya Allah… Bibir.”
Artikel Berkaitan;
Tidak kurang ada yang membandingkan penampilan lamanya juga.
“Datuk, cuba buat muka yang macam dulu. Serius cantik sangat. Ayu dan cantik,” antara komen yang tertera.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI