Giliran penyanyi, Ani Maiyuni pula yang bersuara apabila lagu yang dirasakan bagus tidak dipilih untuk mara ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) baru -baru ini.
Katanya, dia mempersoalkan mengapa sesuatu lagu yang bagus itu perlu ada nilai komersial baru boleh diiktiraf di sesebuah anugerah.
“Why why why? Kenapa industri kita jadi macam ini? Kalau mcm tu next time kita buat jinggle song utk iklan2 je laa baru komersial kann.
“Konfem boleh ke final. Bahhah, juri2 yg dipilih tu juri macam mana ye? Sekian terima kasih,” tulisnya.
Sebelum ini, penyanyi senior, Salamiah Hassan meluahkan rasa apabila lagu Layarlah Kembali ciptaan Aubrey Suwito, nyanyian Dayang Nurfaizah tidak terpilih ke AJL 33 Februari depan.
Bagaimanapun pengarah muzik, Datuk Mokhzani Ismail ada menjelaskan sebab lagu tersebut tidak terpilih ke AJL antara lain adalah disebabkan kurang nilai komersil.
Pada MH, mungkinlah sudah ada satu ketetapan untuk sesebuah lagu itu dipilih ke AJL 33 kan? Apa-apapun, tidak dinafikan bahawa kesemua peserta yang berentap di separuh akhir Muzik Muzik itu memang hebat belaka.
Mungkin rezeki mereka yang tidak terpilih ada di tempat lain. Apa-apapun, jangan emosi sangat ya!
Foto/Instagram: Ani Maiyuni