Sudah menjadi kebiasaan, tidak kira bergelar selebriti ataupun tidak, pasti rasa teruja apabila anak memasuki sesi persekolan buat kali pertama.

Terbaru, Elly Mazlein turut berkongsi cerita pengalaman menghantar anak di hari pertama sesi persekolahan.

Perkara tersebut dikongsikan bintang Kampung People ini menerusi Instagram.

“Alhamdulillah.. Putri Sara Sefhia 1st day of school tajuk Album hari khamis ni Papa Mama love u Manja.

IKLAN

“Tp mlm ni pkl 9mlm ada #kampungpeople tau Episode 11 .. Hanya di #Tv3 agitchuuuuuu .. tetap selit ek,” tulisnya.

IKLAN

Di samping itu, bintang drama bersiri Kampung People ini turut berkongsi momen kelakar sebagai ibu bapa yang pertama kali menghantar anak menghadiri sesi persekolahan.

“Tajuk Album, ngintai manja dari tirai pintu berkaca bulat.. Kepompom turut Serta ngintai session,” tulisnya.

IKLAN

Alahai, comel gelagat Elly apabila menghantar anak ke memasuki sesi persekolahan buat kali pertama.

Foto: Instagram Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI