Minggu lalu kita dikejutkan pengumuman menyayat hati daripada penyanyi, Elyana yang menyatakan dia merupakan salah seorang pesakit kanser tahap empat sewaktu penyingkirannya di pentas Gegar Vaganza minggu kelima.
Berita ini telah membuatkan ramai netizen sebak dengan derita penyakit yang ditanggung oleh Elyana.
Baru-baru ini menerusi akaun Instagram Elyana, dia berkata ramai yang telah mengaku dirinya sebagai kawan baik dan telah mengetahui tentang penyakitnya dan merahsiakan hal itu.
Hal itu telah membuatkan penyanyi ini risau jikalau ada di antara orang yang mengaku sebagai kawan baik ini memberikan info yang salah tentang dirinya.
“Ramai yang mengeluarkan statement mengatakan bahawa mereka kawan baik saya(bff) dan dah lama tahu tentang kanser saya serta menyimpan rahsia tentang penyakit saya selama ini.Sedang kan saya tidak pernah memberi tahu mereka apatah lagi bercakap mengenai hal ini kerana tidak terlalu rapat…Yang cakap saya belajar satu University pun ada..Saya tak pernah masuk University,sebab dari dulu dah bijak..hahhaha?
“Bukannya apa,kerana mereka bukan orang yang benar-benar tahu tentang saya jadi takut tersalah beri Information.Itu saja…
“Yang cakap saya makan product yang mereka jual pun banyak..Jangan la ambil kesempatan dan berbohong..tak baik.Saya takut ramai yang tertipu saja..
“Dia yang di dalam gambar ini adalah benar-benar sahabat saya yang mengetahui tentang saya dari mulut saya sendiri.Sahabat yang pernah menangis bersama selain Anita Baharom ,Zuhairy,Sherry Ibrahim dan Datin Anne Ngasri..
But saya ok je…tetapi saya terpaksa clear kan perkara ni kerana ramai yang Bertanya pada saya dan Keliru.
Terima Kasih yang mendoakan saya.Semoga Allah membalas kebaikan anda semua.
“P/s:sorry terpaksa tutup comment takut nama-nama yang tak bersalah di tag,” tulis Elyana.
Macam-macam ragam manusia ni kan, ada yang sanggup mengaku rakan baik dan menipu hanya untuk menjual produk
MH faham apa yang ingin disampaikan oleh Elyana, mungkin dia risau jika ada sebarang kenyataan yang tidak benar tentang dirinya keluar daripada orang-orang kurang dikenalinya dan individu tidak bertanggung jawab ini mengambil kesempatan di atas penyakitnya untuk menipu orang ramai.
Sebagai orang luar yang turut bersimpati dengan penyakit yang dihidapi oleh Elyana ini, MH doakan agar kesihatan Elyana kembali sembuh seperti sediakala.
Sumber: Instagram Elyana