Awal Mei lalu, perlakon versatil, Noorkhiriah ada membuat suatu luahan umum berkenaan dengan pemiutang dan penipu. Perkongsian tersebut dibuat pelakon drama Nur 2 ini menerusi Instagram.
Katanya, dia sudah puas ditipu pemiutang dan dia mengakui ada menerima mesej peribadi dari individu yang pernah mahu pinjam wang dengannya.
Korang berhak meninggalkan komen yang menyakitkan dan akak berhak gitau..yg tak sedap dibaca maaf akak block..& korg pun berhak nak block akak..takdak hal..mmasing punya ig..akak taknak tercetus perbalahan di sini..kalu korg rasa kita saudara seislam..memoleklah tinggalkan komen..bab soal jawab soalan..akak mmg jawab seikhlas hati..takde propa2..ffeling lentok sana sini..suka,tq..tak suka..leh jalan cari rumah lain.
“Mulut akak mmg mcm bertih..hbs sesedap je nak pinjam 3k..ingt duit ni daun..kutip tepi jalan..hati2 yg meninggalkan komen korg tk kena leh la korg cakap..adikbadik akak pun xde nk minjam..akak dh puas kena tipu..org minjam janji nak bayar..haram sampai skrg tk bayar2.
Ads
“Lagi satu pda yg DM nak pinjam rm..buktikn tlebih dahulu..ni gmbr dp tlompat2 tapi gitau hidup susah sebatang kara..dik idup jgn nak menipu lari semua keberkatan..usaha..usaha..kalau akak cite susahnya akak dulu takde sapa yg percaya…selagi punya nyawa..usaha..inshaAllah berhasil.
“Jangan wat naya orang,nak berlagak..berlagaklah dengan hasil titik peluh sendiri bukan menipu sanasini..sonok idup cmtu?..sekian,” tulisnya panjang lebar sambil disusuli dengan tanda palang #akakgeram.
Sejak akhir-akhir ini, ramai selebriti tanah air dilihat aktif dalam aktiviti-aktiviti pemberian sumbangan terutamanya buat mereka yang terkesan ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Terbaru, pelakon dan model, Mimi Lana memaklumkan dirinya berhajat untuk membantu para tukang cuci yang terjejas pendapatannya sepanjang tempoh pandemik ini.
“Assalamulaikum dan Selamat pagi. Saya mencari 10 orang cleaner yang gajinya dipotong untuk diberi bantuan. Bagi mana mana cleaner yang dipotong gaji, atau pun sesiapa yang kenal boleh dm saya,” tulisnya.
Bagaimanapun, Mimi menjelaskan, buat masa ini dia hanya mampu menyediakan 10 pek barangan keperluan asas dek kerana dana yang terhad.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Masih Ada Rindu itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, sekiranya dikurniakan rezeki yang lebih, dia sedia meneruskan misinya itu pada masa akan datang.
“Saya mintak maaf kerana dapat provide kan sumbangan untuk 10 orang sahaja. Insyaallah Kalau ada rezeki lebih kita kongsi lagi ya.
“Jangan risau saya takkan post di social media untuk bantuan pada anda,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mimi turut memaklumkan, segala aktiviti penyerahkan sumbangan tersebut akan dijalankan secara tertutup tanpa mendedahkan mana-mana pihak.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyambut baik usaha tersebut selain turut mendoakan semoga Mimi akan sentiasa dimurahkan rezeki pada masa akan datang.
“Using your superpower to help others. Semoga segalanya dipermudahkan buat kamu jua cinta.
“Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan dunia dan akhirat.
“Dah la cantik. Baik hati pula. Semoga Allah permudahkan segala urusan Mimi dan diberikan kesihatan yang baik.
“Ya Allah dah la gaji tak banyak. Kena potong lagi. Thanks to yang memperjuangkan nasib-nasib cleaner,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah video tular yang memaparkan perbualan diantara pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled bersama seorang pemuda berbangsa India.
Pemuda berkenaan difahamkan telah membuka hatinya untuk memeluk agama Islam selepas mendengar perkongsian dariapada Aisar.
Video berdurasi lebih dua minit itu nyata menerima reaksi pelbagai ramai daripada pihak yang rata-ratanya memberikan pendapat mereka mengenai tidakan Aisar itu.
Malah, ada juga segelintir wargamaya yang mengkritik tindakan tersebut dengan menyifatkan Aisar seperti tiada perancangan khusus buat individu berkenaan dan hanya melakukan perkara tersebut semata-mata untuk meraih perhatian.
Enggan berdiam diri, Aisar sebaliknya tampil menjelaskan mengenai sutuasi sebenar.
Jelas Aisar, dia tidak pernak memaksa pemuda tersebut untuk memeluk agama Islam sebaliknya ia berlaku kerana kerelaan hatinya sendiri.
“Saya mengajak dia masuk Islam. Saya tidak pernah memaksa dia. Saya akan bawa dia dibimbing Insyaallah,” jelasnya.
Perkongsian tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Chandelier itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga akan sedaya upaya memastikan pemuda berkenaan bakal menerima bimbingan yang terbaik selepas memeluk agama Islam.
Antara yang turut memberikan respon terhadap isu tersebut termasuklah daripada penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi.
“Semoga Allah tempatkan kita di syurga dengan kerja-kerja ini,” tulisnya.
Malah, melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar Aisar tidak patah semangat untuk terus berdakwah di jalan Allah.
“Pedulikan orang bro. Guna niat dan hati yang baik. InsyaAllah semua Allah akan jaga kita.
“Abaikan benda negatif Aisar. Kalau dah buat benda baik InsyaAllah semuanya akan baik.
“Alhamdulillah. Besar ganjarannya. Semoga Aisar membimbing mualaf tu dengan baik dan tak membiarkan mualaf tu terraba-raba mencari Islam sendirian,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Tabung Bantuan Yasin Sulaiman yang dilancarkan keluarga penyanyi itu mendapat sambutan baik dan positif daripada orang ramai sejak ia mula dilancarkan pada 27 April lalu.
Menurut abang kepada penyanyi tersebut, Dr Zain Sulaiman, 50, dia masih belum boleh mendedahkan jumlah kutipan sumbangan berikutan ia masih belum dikira dan diaudit setakat ini.
Apa yang saya boleh katakan sekarang adalah sokongan setakat ini sangat positif. Malah apa yang membuat kami sangat terharu adalah ada sampai yang menyumbang RM1 atau RM2. Walaupun hanya seringgit, dua ringgit, nilainya amat besar bagi kami.
“Ia menunjukkan sokongan yang amat berharga bagi kami. Yasin dan keluarga mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyumbang. Semoga Allah memberi berkat dan ganjaran yang berlipat ganda.
“Tabung masa ini masih di peringkat awal dan semakan terhadap jumlah terkumpul akan dibuat tidak lama lagi.
“Apabila semakan dibuat dan satu penyata akaun yang rasmi sudah disediakan kami akan maklumkan. Ini kerana kami perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi setiap sen yang disumbangkan. Oleh itu ia perlu dilaporkan dengan teliti dan tepat,” katanya ketika dihubungi Media Hiburan.
Sementara itu ketika ditanya mengenai sasaran yang ditetapkan pihak keluarga, Zain berkata ia bergantung kepada perkembangan kes adiknya dari masa ke semasa.
“Berkenaan dengan sasaran kutipan, kami masih belum pasti, kerana ia bergantung kepada bagaimana kes ini akan bergerak ke hadapan dan sejauh mana proses perundangan ini akan berlanjutan.
“Mungkin pada sebutan kes pada 18 Mei ini kami akan dapat sedikit gambaran bagaimana kes ini akan proceed. Namun, kami dinasihatkan oleh peguam-peguan Yasin untuk sentiasa bersedia untuk menghadapi satu proses yang mungkin memakan masa yang panjang,” katanya lagi.
Berbicara mengenai perkembangan terkini Yasin, Zain menjelaskan adiknya dalam keadaan baik dan keluarga sentiasa meluangkan masa melawatnya pada setiap minggu di Penjara Sungai Buloh.
“Setakat ini Yasin berada dalam keadaan baik. Dia mengambil ubat-ubatannya secara konsisten. Keluarga melawatnya setiap minggu di Sungai Buloh.
“Semangatnya nampak positif Alhamdulillah. Rabu depan, 18 Mei ini insyaAllah keluarga, teman-teman dan sahabat-sahabat Yasin akan ke mahkamah untuk sebutan kesnya.
“Semoga dipermudahkan Allah perjalanan kes ini dan semoga ada sinar harapan tidak lama lagi,” katanya.
Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa atas pertuduhan mengedar jenis ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara.
Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 47, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada 24 Mac lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Yasin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!