Baru-baru ini, pelakon Mimi Lana ada berkongsi sekeping foto salah satu babak lakonannya bersama pelakon Farid Kamil dalam drama bersiri berjudul Masih Ada Rindu.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram itu, foto tersebut memaparkan kedua-dua pelakon itu sedang menjalani pengambaran bersama di Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTSH).

Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana pada masa sama turut menasihati orang ramai untuk sentiasa kekal duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi melandaikan graf  jangkitan Covid-19.

Pelakon berusia 26 tahun ini sempat meluahkan rasa kagum dengan permandangan cantik yang ada di hospital tersebut ketika menjalani pengambaran drama berkenaan.

Ads

“Look at that view from my hospital room! Beach view tau. Korang jangan mimpi la nak dapat view macam ni kalau korang dah positive covid, hospital pun dah hampir penuh..

“Jangan keluar Kalau tak ada urusan penting, jaga diri, jaga roti gardenia masing masing dekat rumah tu. eh? Duduk rumah tengok je #masihadarindu starting 2june ni pukul 7 petang ok!,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Ads

Malah, netizen turut rasa teruja dan kagum dengan panorama berkenaan.

Ads

Selain Mimi, bersiri Masih Ada Rindu arahan Osman Ali ini dibintangi pelakon Farid Kamil, Dayang Areeda, Kuna dan ramai lagi.

Drama berkenaan kini bersiaran pada setiap hari, jam 7 malam di slot Akasia, TV3.

Foto: Instagram Mimi Lana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI