
Penyanyi Eka Sharif berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini sudah berbadan dua meski belum sempat mengadakan majlis resepsi perkahwinannya.
Kandungannya kini mencecah usia tiga bulan dan perkongsian tersebut dilakukan bintang Akademi Fantasia Musim ke-9 (AF9) itu menerusi satu posting di Instagram.
Malah, imej terkininya juga sudah jelas menunjukkan ‘baby bump’.
PKPB dilanjutkan lagi?! ni kali ke-3 eka postpone majlis. Mungkin ni yg terbaik, lagipun buat review dlm umah ni pon dah x larat ni kan plak nak berjalan.
“Takpe lah kite stay at home je ekh…. #3months,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan itu, ada yang menzahirkan ucapan tahniah dan ada di antara respon yang ditinggalkan mendapat reaksi balas Eka.
Terdahulu, bintang ini mengadakan majlis pernikahan bersama suami, Nazrulnazim Abdul Jabar secara ringkas pada 19 Julai lalu selepas dua kali terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya ekoran pandemik covid-19.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mulia Hati Anzalna, Ikhlas Kongsi Rezeki, Belanja Bapa Tunggal Beli Barang Anak

Pelakon Anzalna Nasir membuatkan peminatnya berasa sebak dan terharu di atas perkongsiannya menunjukkan dia sedang membantu seorang bapa tunggal untuk membeli barangan keperluan anak perempuannya.
Anzalna, 35, memuat naik video tersebut di laman Instagram miliknya, yang mana memperlihatkan dirinya berkongsi rezeki dengan bapa tunggal tersebut.
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Kali ini Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat favourite Anzalna.
“InsyaAllah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping. Kalian tolong tag keluarga yang memerlukan barang baby,” tulis Anzalna di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan kapsyen ramai pengikut Anzalna merasa terharu dengan kemurahan hati aktres tersebut yang prihatin dengan nasib bapa tunggal berkenaan.
“Thank you for using you platform to do this.
“Terima kasih Anzalna. Mulianya hati.
“Semoga Anzalna dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat Allah untuk sekeluarga… terpancar riak gembira di wajah daddy dan cute girl.
“Selalu tengok live abang ni kat TikTok. Semoga ada ketabahan dan kesabaran untuk abang ni membesarkan anak seorang diri. Amin.
“Sedihnya tengok. Semoga murah rezeki Anzalna untuk bantu yang lain,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Mengapa Biar Orang Buat Kita, Jangan Balas Balik, Allah Ada,” – Luahan Fiza Halim

Pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim mendedahkan dia enggan mengambil pusing mengenai khabar angin yang membabitkan dirinya sejak kebelakangan ini.
Menurut Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, dia sebenarnya bersyukur kerana dikelilingi rakan-rakan serta para peminat yang sentiasa percaya dan menyokong sepanjang berkecimpung di dalam dunia seni.
Kata Fiza lagi, dia juga sudah pun meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT.
“Terima kasih semua. Saya sayang kamu semua. Ramai penyokong dan peminat tak putus-putus beri saya semangat.
“Tak mengapa, biar orang buat kita. Jangan kita balas balik. Allah ada. Allah maha mendengar,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan pelakon drama Mariam itu menerusi hantaran terkini di Instagram.
Pada masa sama, Fiza turut memaklumkan tumpuannya kini hanya tertumpu untuk merawat ibunya yang kini mengidap penyakit kanser usus.
“Pening tengah fikir hospital mana yang terbaik nak buat radioterapi/ kimo untuk mama. Maaf tau kalau hari ni satu hari tak layan DM korang.
“Anyone yang ada experience or suggestion tak pasal kanser usus ni? Tolong kongsikan dengan saya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh Fiza selain turut mendoakan semua segala urusan ibunya itu akan sentiasa dipermudahkan.
“Semoga emak Fiza diberikan kesembuahan. Sampaikan salam pada mak ya.
“Semoga dipermudahkan urusan Kak Fiza dan Mak Cik Ani. Semoga lekas sembuh.
“Semoha akak kuat hadapi ujian ini.
“Terus kuat ye kak. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.
“Head up and keep it strong,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Baru-baru ini, nama Fiza hangat diperkatakan selepas tular khabar angin yang mengatakan dia menawarkan khidmat seks kepada lelaki tertentu.
Bagaimanapun, memetik laporan Utusan Malaysia, Fiza menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan fitnah tersebut sebagai keterlaluan.
Tambahnya lagi, dia juga terkilan kerana perkara seperti ini boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang anak seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fiza Halim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sejurus Tonton Riena Diana Berlakon Teater Buat Pertama Kali, Reaksi Keith Foo – “Jujurnya Rasa Bangga…”

“Jujurnya, rasa bangga…,” Demikian reaksi aktor, Keith Foo sejurus menonton persembahan sulung kekasihnya, aktres Riena Diana menerusi teater Andak Bertandak yang sudah pun selesai pementasan hari pertama, bermula semalam.
Menurut Keith Foo, dia gembira melihat keyakinan serta keberanian Riena dalam menggalas tanggungjawab di dalam teater bergenre komedi arahan Azhar Zainal itu.
“Mengenali Riena, dia sebelum ini memang takut untuk keluar daripada zon selesa selain lebih cenderung untuk bekerja dengan produksi yang tertentu sahaja.
“Lalu bila dia berani ambil cabaran berbeza, dengan berlakon naskhah teater pula buat pertama kali, saya yang hadir menonton untuk beri sokongan pun tumpang teruja.
“Begitu juga dengan persembahan rakan pelakon lain, Semuanya saling melengkapi demi memastikan yang terbaik, tahniah buat produksi,” katanya.
Keith berkata demikian ketika ditemui sejurus pementasan hari pertama teater Andak Bertandak di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), pada Khamis.
Keith Foo sebelum ini pernah terbabit di dalam pementasan teater Ombak Rindu Tiada Penghujung yang dipentaskan di Istana Budaya beberapa tahun lalu.
Ditanya mengenai perkembangan hubungan di antara mereka pula, Keith meminta ramai untuk mendoakan yang baik-baik.
“Kami baru sahaja selesai menjalani penggambaran bersama untuk sebuah projek drama di New Zealand. Harapnya ada khabar yang baik, kita tengoklah macam mana”, katanya.
Terdahulu, skrip teater Andak Bertandak hasilan Fasyali Fadzly yang juga Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu bakal dipentaskan sehingga 1 September depan.
Selain Riena, turut sama terlibat di dalam pementasan ialah Ellie Suriaty, Azhan Rani, Jay Iswazir, Dottie, Fadhli Masoot, Aizat Saha dan Razman Mahayuddin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI