Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai kisah perpisahan pengacara Nabil Mahir bersama seorang pelakon, Sarah Hildebrand selepas lebih lima tahun sulam cinta.
Malah, kisah tersebut kian mendapat perhatian apabila bekas kekasihnya itu turut membuat pengakuan mengenai kisah percintaan yang membawa kepada perpisahan.
Dakwanya, dia telah dibuli dah hos tersebut juga turut dikatakan berlaku curang.
Lalu menjengah ke Instagram Nabil, lelaki ini seperti biasa memuat naik foto seperti biasa.
“I play to win cause I’m competitive. Lagi-lagi kalau nak menang hati awak Friday ni will be my 1st time masuk competition main game. Training mode on!,” tulisnya menerusi salah satu entri.
Pelakon Abby Abadi berharap agar pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura masih mampu mempertahankan rumah tangga mereka susulan isu hangat yang berlaku.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, dia sedih sehingga mengalirkan air mata apabila membaca berita mengenai kes membabitkan rumah tangga pasangan tersebut.
“Adik-adikku Fattah Amin dan Fazura, tolonglah. Kalau rasa kita yang paling tersakiti saat ini, ada yang lebih sakit di luar sana. Kecil sangat ujian ini, pertahankanlah.
“Saya dari pagi, sekejap-sekejap menangis baca berita korang. Saya sedih sangat. Jangan lah.
“Kita manusia, tak sempurna. Jangan cepat sangat mengalah dengan keadaan. Perbaikilah, jangan berpisah, jangan,” luahnya.
Abby berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik bersama sepotong video Fattah bersama Fazura di Insta Stories miliknya.
Dalam pada itu, Abby berkata, biarpun hubungannya dengan pasangan selebriti itu hanyalah sekadar rakan industri, namun perasaannya sayu.
“Bukan sahabat pun, hanya kenal sebab teman artis. Tapi dia punya sayu hati Allah sahaja yang tahu.
“Nampak serasi sangat, kalau ada kesilapan di mana-mana, mengalahlah. Kita manusia, tiada yang sempurna,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fattah tidak melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Kata Fattah, dia masih menyayangi isterinya itu biarpun aktres itu nekad dengan pendiriannya.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee mendedahkan, dia pernah berdepan dengan pengalaman sukar bersama keluarga.
Semuanya gara-gara mereka sekeluarga berdepan dengan masalah kewangan yang menimpa mereka beberapa tahun lalu.
Kata Hanee, ketika itu dia sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Gadis ini berkongsi coretan rasa tersebut menerusi Instagram, awal bulan ini.
“In 2008, I went to a special school. Dislexsia center ampang. Sekolah khas untuk org istimewa Macam saya. Hanee memang ada masalah pembelajaran. Tp Alhamdulillah very mild..Hanee dekat special school for 2months n after that masuk sekolah biasa balik.
“Hanee masuk sk taman Maluri pada 2011. Hanee masuk sekolah tu Sebab sktm ada aliran khas untuk dyslexics. So hanee belajar dlm dua aliran. Aliran Perdana n aliran khas. Sebenarnya susah cos aliran Perdana pembelajaran lebih laju n aliran khas lebih perlahan.
“Tp hanee berjaya ikut rentak ikut pembelajaran Di sekolah. Time upsr, kehidupan hanee sngt teruk dari segi kewangan,” tulisnya.
Ketika itulah, fasa sukar mulai ditempuh bintang muda ini.
“Hanee xde rumah time tu, menumpang rumah makcik kat sungai buloh setiap hari ulang alik ke kl Sebab sekolah kat maluri.
“Kadang2 mandi kat petronas tido dlm kereta. Tuition tak pegi sebab xmampu. Tp Alhamdulillah result upsr tak mengecewakn,” maklumnya sambil menyifatkan dirikan bukan bodoh seperti yang disangka sesetengah pihak.
“Saya tak bodoh, dyslexics people tak bodoh.Sebenarnya kami genius cuma dengan cara pembelajaran yg betul kami boleh jd lebih cerdik dari org biasa,” tulis Hanee panjang lebar.
Semalam merupakan episod keempat Dewi Remaja dan untuk episod seterusnya, jangan lepaskan peluang menonton Dewi Remaja 2018/2019 setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Pelakon remaja, Idan Aedan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, melakar sejarah tersendiri di dalam profil seninya apabila menjadi pelakon pertama tempatan yang membintangi siri Netflix antarabangsa.
Menerusi siri 13 episod berjudul Mr. Midnight : Beware The Monsters yang telah menjalani penggambaran di Batam, Indonesia dan Singapura pada pertengahan 2021 itu, dia diberi kepercayaan membawa watak utama sebagai Tyar.
“Saya bersyukur diberikan peluang sebesar ini. Dalam masa yang sama, saya boleh cakap tak pernah terbayang untuk sampai ke tahap itu. Umur saya baru 17 tahun ketika itu. Rezeki saya, Alhamdulillah.
“Saya sedar, bukan mudah untuk pelakon tempatan diberikan peluang sebegitu. Rasa macam mimpi pun ada. Tidak dinafikan, bekerja dengan produksi antarabangsa adalah antara impian saya. Dapat pula berlakon dalam drama bergenre kesukaan saya iaitu seram.
“Tipulah kalau saya cakap tak pernah impi mahu berlakon dengan produksi antarabangsa. Cuma, saya tak sangka rezeki saya datang terlalu cepat,” katanya.
Dia pada masa sama juga teruja apabila dapat bekerja dengan tiga pengarah hebat dari luar negara iaitu Tony Tilse, Sean Oliver dan Yee-Wei Chai.
Dalam siri tersebut, Idan bergandingan dengan pelakon remaja popular dari Indonesia iaitu Adinia Wirasti dan Maxime Bouttier.
Bukan itu sahaja, Idan akui rasa bertuah dapat bekerjasama dengan pelakon Caleb Monk, Chen Yixin, Nikki Dekker dari Australia.
“Saya boleh kata satu kenangan manis dan tak dapat saya lupakan. Dalam usia yang muda dapat bekerja dengan mereka yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa. Ini satu pencapaian yang tak pernah saya terfikir.
“Selain pengarah dan gandingan pelakon yang mengujakan, cara bekerja mereka juga amat berbeza. Bukan sahaja saya belajar tentang lakonan, saya turut diberikan pendedahan tentang ‘camera work’ dan teknikal lain yang membuatkan saya boleh memahami keseluruhan perjalanan cerita itu,” katanya lagi.
Bercerita lanjut tentang keistimewaan watak Tyar dalam siri adaptasi novel popular di Singapura itu, Idan berkata, Tyar mampu melihat dan berkomunikasi dengan makhluk halus disebabkanketurunan sebelah ibunya adalah dukun.
“Tyar yang berumur 17 tahun tidak tahu bagaimana hendak mengawal situasi tersebut. Bermacam-macam konflik timbul.
“Kalau nak tahu lanjut bagaimana dia berhadapan dengan dunia ghaib tersebut, kenalah tonton nanti,” katanya yang sebelum ini pernah muncul menerusi filem Anak Rimau The Movie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!