“Ni Ke Yang Tak Reti Respek Perempuan Tu?”- IG Nabil Mahir Terima Kecaman, Sindiran!

Share

Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai kisah perpisahan pengacara Nabil Mahir bersama seorang pelakon, Sarah Hildebrand selepas lebih lima tahun sulam cinta.

Malah, kisah tersebut kian mendapat perhatian apabila bekas kekasihnya itu turut membuat pengakuan mengenai kisah percintaan yang membawa kepada perpisahan.

Dakwanya, dia telah dibuli dah hos tersebut juga turut dikatakan berlaku curang.

Lalu menjengah ke Instagram Nabil, lelaki ini seperti biasa memuat naik foto seperti biasa.

“I play to win cause I’m competitive. Lagi-lagi kalau nak menang hati awak Friday ni will be my 1st time masuk competition main game. Training mode on!,” tulisnya menerusi salah satu entri.

Bagaimanapun di ruangan komen, ada pengguna media sosial yang turut melemparkan komen berbaur sindirian dan kritikan.

Masing-masing memberikan pandangan terhadap apa yang telah berlaku.

Untuk rekod, Nabil dan Sarah telah mengumumkan mereka putus cinta Februari lalu.

Bagaimanapun, Nabil selepas itu turut mendedahkan dia telah membelikan sebentuk cincin khusus bagi melamar Sarah.

Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila cinta mereka berakhir di tengah jalan.

Foto : Instagram Nabil Mahir

Published by
Nazar Rafiqhi