Pelakon dan hos, Fahrin Ahmad awal semalam ada berkongsi kembali (repost) posting yang dikongsikan isteri tercinta, Elena Hani Eleas iaitu foto memori mereka yang dirakam kira-kira 20 tahun lalu.

Perkongsian tersebut dibuat si isteri bersempena ulang tahun kelahiran Fahrin yang ke-40.

Maklum Fahrin menerusi Instagramnya, isterinya ketika itu hanyalah rakan satu bidang pengajian dan disifatkan sebagai poyo dan jual mahal.

“EPIC! 20 TAHUN LAMPAU – MASA NI @elenaeleas POYO JUAL MAHAL, DIA TAK TAU YANG SEBELAH DIA TU BAKAL SUAMI DIA 17 TAHUN KEMUDIAN,” seloroh Fahrin.

Pada masa sama, pelakon berkenaan turut memberitahu, inilah yang dinamakan jodoh yang pernah melintas di depan mata.

Ads

“Ni Lah Namanya Jodoh Pernah Melintas Depan Mata,” – Fahrin Ahmad Kongsi Kisah Di Balik Foto Dirakam Sama Isteri 20 Tahun Dulu

“Ni lah namanya jodoh pernah melintas depan mata.. Matriculation Dinner Night ITM Shah Alam & both of us won Best Dress Male & Female that day.. WE ARE NO FREN, JUST BATCH MATE Jangan main2, kain samping senteng uolz!,” tulis Fahrin.

Ads

Sementara itu, ini pula kapsyen yang didedikasi si isteri buat Fahrin.

“Happy 40th Birthday to the handsome man in BLUE @fahrinahmad_fa #ILOVEYOU.

Ads

“Picture taken during our Law Faculty dinner 20 years ago – “my classmate and i” sayang,kenapa you nak amik gambar dgn i masa ni? I tak fren you pun. takpe la.. AND Happy 4th Anniversary to us !!! Love you Sayang…So so much #9may2015 #myhusbandandi,” tulisnya pula panjang lebar.

“Ni Lah Namanya Jodoh Pernah Melintas Depan Mata,” – Fahrin Ahmad Kongsi Kisah Di Balik Foto Dirakam Sama Isteri 20 Tahun Dulu

Terdahulu, pasangan yang kini dikurniakan seorang cahaya mata ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2015.

Foto: Instagram Fahrin Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI