Awal semalam, pelakon yang juga ahli anggota kumpulan One Nation Emcees, Sabhi Saddi ada menunjukkan bahagian belakangnya yang sakit akibat ‘

Sebaik selesai melakukan sesi terapi, foto tersebut dikogsikannya menerusi salah satu entri menerusi Instagram.

“Thanks too Prof Madya Dr Dato Rishya and nurses #umspecialistcenter #ppum for the treatment and take care of me very well yesterday.

“I feel good… smlm mmg kena buat appointments dulu sblm nak buat MRI,tp nasib baik ada slot kosong 🤭🤭… So ne la results smlm,” tulisnya.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesihatan Sabhi agar terus mampu untuk membuat persembahan bersama ahli kumpulan ONE lainnya pada saingan minggu keenam Gegar Vaganza 6 (GV6) Ahad ini.

Malah, ada rakan selebriti yang turut kongsikan hal sama lalu mendapat reaksi Sabhi.

Terdahulu menerusi MH, bintang ada memaklumkan dirinya sudah pun mengalami rasa sakit beberapa sebelum saingan minggu lalu.

Bagaimanapun, dia kuatkan diri untuk terus membuat persembahan. Minggu ini, ONE akan membawakan lagu Gadis Dan Bunga di pentas GV6.

Foto: Instagram Sabhi Saddi