Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein meminta mana-mana peniaga tidak melakukan strategi pemasaran yang ‘bukan-bukan’ bagi tujuan riviu.
Menurut Elly, dia tertanya-tanya di mana maruah seseorang wanita apabila didakwa melakukan aksi video melampau bagi tujuan berkenaan.
Malah Elly turut menolak andai diberikan video seumpamanya untuk tujuan promosi.
“Ni nak cakap sikit, sakit betul hati aku. Sesiapa yang nak jual product, jual betul-betul la.
“Marketing elok-elok la sikit. Ni bagi video goyang? Buah dada la… wanita bertudung joget-joget bergegar-gegar?
“Jangan bagi aku iklan bingai macam ni ya. Shame
on you. Booooo,” tulisnya.Perkara tersebut dikongsikan Elly menerusi Insta Stories pada Jumaat.