“Niat Dan Misi Mereka Saya Pandang Tinggi,” – Aznil Nawawi

Share

Pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi mengakui akan kepentingan skil komunikasi berkesan yang perlu dikuasai para usahawan.

Menurut Aznil yang mersa disapa Pak Nil, dia turut terharu atas konsep kebersamaan yang diterapkan jenama berkenaan.

“Sejak menyertai keluarga jenama ini, saya melihat usaha dilakukan tidak pernah bernoktah dalam pembangunan ummah.

“Tak kira daripada segi menawarkan produk dengan kualiti tinggi selain membantu ramai orang untuk menjana pendapatan, niat dan misi jenama ini saya pandang tinggi.

“Rasa kebersamaan juga wujud seperti kita sebuah keluarga besar yang sama-sama mengharungi pelbagai cabaran. Contohnya ketika di era pandemik COVID-19,” katanya yang juga duta Eskayvie.

Pak Nil berkata demikian susulan usaha syarikat bumiputera itu, Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) yang optimis membantu ummah menjana pendapatan sejak fasa pandemik COVID-19 hingga endemik yang tidak pernah terhenti.

Ia menerusi sebuah program, Nexus Success Convention 2022 berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, Shah Alam melibatkan lebih 1000 usahawan Eskayvie Nexus terpilih.

Usahawan berkenaan datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan membangunkan potensi kepemimpinan setiap individu di dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

“Usahawan ini telah dilatih secara intensif sebaik sahaja berdaftar sebagai ahli. Sepanjang dua tahun menempuhi pandemik, pelbagai sesi latihan berkaitan sistem, pemasaran dan jualan telah diadakan hampir setiap hari secara atas talian.

“Istimewanya kali ini, konvensyen ini turut mengiktiraf pencapaian dan transformasi luar biasa usahawan Nexus berstatus Icon Circle yang berjaya menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan pada tahun ini,” katanya.

Tambah Kartika Wati lagi, meskipun tahun lalu kita semua telah berdepan pandemik dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, usahawan Nexus ini terus optimis.

“Mereka mampu melakukan perubahan dan beradaptasi dengan pelbagai cabaran di bawah bimbingan Eskayvie. Ini semangat juang berdaya saing yang kita mahu sampai bila-bila,” katanya lagi.

Menerusi visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, mereka melihat ini sebagai satu misi dan tanggungjawab sosial berterusan.

“Semua dalam usaha melahirkan 1 juta usahawan Nexus aktif menjelang tahun 2027. Misi ini dilihat tidak mustahil kerana sehingga kini kami telah berjaya membantu lebih 70,000 orang usahawan Nexus meningkatkan tahap kewangan mereka.

“Kami turut mensasarkan jualan sebanyak 1 Billion US Dollar yang membabitkan pasaran sehingga ke 11 buah negara di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Eskayvie sentiasa bersedia dengan aktiviti kajian dan pembangunan yang berterusan.

“Ia termasuklah menghasilkan 500 produk baru yang berkualiti tinggi. Seterusnya mencipta 50,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat,” katanya

Hadir sama di persidangan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri.

Program satu hari yang padat dengan perkongsian ilmu dan strategi perniagaan ini menerima banyak maklum balas daripada pengalaman sebenar usahawan yang telah berjaya meningkatkan ekonomi keluarga mereka sepanjang bersama Eskayvie Nexus.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

Published by
MH