“Niat Hati Nak Panjat, Apakan Daya Lutut…,”- Hos Nazrudin Rahman Terpesona Saat Jejakkan Kaki Di Jabal Rahmah

Share

Pengacara, Nazrudin Rahman akui terpesona saat menjejakkan kakinya di Jabal Rahmah ketika menunaikan ibadah umrah di tanah suci, Mekah.

Menurut Nazrudin atau lebih mesra disapa Naz, pada awalnya dia berhasrat untuk mendaki bukit tersebut tetapi keadaan lututnya tidak mengizinkan.

“Niat hati nak memanjat gunung, apakan daya lutut tak sampai. Jabal Rahmah, tempat Adam dan Hawa bertemu di Bumi. Juga tapak khutbah terakhir Rasullullah saw buat umatnya,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara Malaysia Hari Ini itu menerusi hantaran terkini di Instagram.

Katanya lagi, perasaan menjejakkan kaki di tempat bersejarah itu sendiri sememangnya berbeza jika ingin dibanding dengan kisah-kisah yang pernah diceritakan kepadanya sebelum ini.

“Bila kita belajar sirah, dan akhirnya bertapak di Bumi yang nyata, bukti di depan mata, lebih kukuh iman di dada, insyaAllah.

“Semoga anda juga dipanggil menjadi tetamu Allah swt dan Rasullullah saw, suatu hari nanti insyaAllah,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, Naz turut memanjatkan doa agar para pengikutnya turut akan diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki di kota suci itu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Naz mendapatkan umrah yang mabrur.

“Didoakan semoga mendapat umrah yang mabrur.

“Selamat beribadah di sana.

“Semoga doa anda semua dimakbulkan Allah. Amin.

“MasyaAllah tabarakallah sahabat.

“Semogad dipermudahkan segala urusan di sana sahabat,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sepanjang berada di tanah suci, Naz sering berkongsi perjalanan ibadah umrahnya buat tatapan para pengikutnya.

Kredit Foto & Sumber: Instagram Nazrudin Rahman

Published by
Aizam Manaf