
Terdahulu, pelakon Wan Sharmila telah membuat keputusan mengenakan hijab, beberapa minggu lalu.
Akui Wan Sharmila atau lebih sinonim disapa Lala, dia membuat keputusan tersebut bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-38 tahun, 12 Oktober lalu.
Lalu, bintang kelahiran Johor Bahru ini ada berkongsi cerita kisah penghijrahannya bersama MH.
“Sebenarnya niat nak pakai tudung sudah ada lama, macam petunjuk pun dah ada.
“Kemudian kawan-kawan saya sendiri ada pernah beri nasihat untuk pakai tudung, tapi saya macam cuma dengar sahaja,” katanya.
Di samping itu, Sharmila turut meluahkan rasa syukur kerana peminat sentiasa memberi sokongan untuknya menjadi individu yang lebih baik.
“Syukur alhamdulillah peminat sangat memberi sokongan kepada saya apabila saya berhijab.
“Peminat saya tak pernah persoalkan kepada saya, eh kenapa you pakai tudung? Malah bila pakai tudung mereka sangat gembira untuk saya,” tambah Wan Sharmila lagi.
Semoga Sharmila terus kekal istiqamah dalam penampilan barunya, ayu sungguh!
Foto: Instagram Wan Sharmila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Malam Bell Ngasri Diangkat Bintang Paling Popular ABP35!

Tahniah diucapkan buat pelakon dan pelawak, Bell Ngasri apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 35.
Menepati ramalan, Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri, memenangi kategori Artis Komedi Popular.
Memberikan dedikasi buat semua yang bermakna sepanjang kerjaya seninya, Bell turut memberikan titipan buat pengarah terkenal, Allahyarham Mamat Khalid.
“Allahuakbar, saya bersyukur ke hadrat Illahi. Kalau nak tahu, saya adalah orang yang tak perlu populariti. Saya akan bawa sekecik-kecik watak belakang hero.
“Saya bersyukur rupanya ada juga orang yang minat. Hari ini adalah buktinya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada ibu saya kerana jadi tulang belakang saya sebagai pelakon sejak kecil.
“Saya tak lupa kekuatan pada watak Barkobar. Terima kasih kepada arwah Mamat Khalid dan semua penyokong,” katanya.
Sementara itu, Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni ABPBH 35 telah diberikan kepada Tan Sri Michelle Yeoh.
Bintang popular, Yuna pula diangkat sebagai penerima Anugerah Eksplorasi Seni ABPBH 35.
Di bawah keputusan penuh ABPBH 35 yang berlangsung di Istana Budaya pada malam Jumaat:
● BBNU LELAKI POPULAR
Amir Ahnaf
● BBNU WANITA POPULAR
Anna Jobling
● PENYANYI LELAKI POPULAR
Khai Bahar
● PENYANYI WANITA POPULAR
Aina Abdul
● ARTIS KOLABORASI/DUO/BERKUMPULAN POPULAR
Dolla
● AKTOR FILEM POPULAR
Beto Kusyairy
● AKTRES FILEM POPULAR
Sophia Albarakbah
● AKTOR TV POPULAR
Meerqeen
● AKTRES TV POPULAR
Anna Jobling
● PENYAMPAI RADIO POPULAR
Tyzo
● PENGACARA TV POPULAR
Elly Mazlein
● ARTIS KOMEDI POPULAR
Bell Ngasri
Selain 12 anugerah utama, tujuh lagi kategori Ekstra ialah:
● COUPLE TV POPULAR – Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
● COUPLE FILEM POPULAR – Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)
● DRAMA POPULAR – Melur Untuk Firdaus
● LAGU PALING BOOM POPULAR – Terus Hidup (Aina Abdul)
● CONTENT CREATOR POPULAR – Alieff Irfan
● TIKTOKERS POPULAR – Sally Whoo
● LAWAK VIRAL POPULAR – Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr. Idzu ‘Sepohon Kayu’ Serah Mesin Khas Bernilai RM450,000 Kepada UKM, Demi Kemajuan Perubatan

Penyanyi nasyid yang juga ahli perniagaan, Dr Idzu, melalui firma kejuruteraan tisunya, Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. (Cell Tissue) menyerahkan dua unit mesin 3D Bioprinter bernilai RM450,000 kepada Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mencipta sejarah tersendiri, penyerahan mesin pencetak canggih LUMEN X Gen 3 dan Bio X Gen 3 ini bakal mencetus satu era baru dalam penyelidikan perubatan di Malaysia yang mana UKM menjadi universiti tempatan pertama yang dilengkapi kemudahan 3D bioprinting terkini.
Menurutnya, pemberian ini adalah sebagai menyokong visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama dalam penyelidikan perubatan maju di rantau ini.
“Sebagai pelopor kejuruteraan tisu di dalam negara, saya merasakan amat pentingnya untuk penyelidik tempatan didedahkan dengan teknologi terkini supaya dapat memperkayakan penemuan dan penciptaan ilmu baharu yang bermanfaat kepada masyarakat.
“Saya berharap sumbangan hampir setengah juta ringgit ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh UKM melalui penemuan yang memberi impak tinggi yang bakal memberi manfaat kepada Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.
Dr. Idzu turut berharap agar kerjasama erat antara industri dan institusi pengajian tinggi dapat memastikan kedudukan Malaysia terus setanding atau malah mendahului negara lain di Asia dan dunia.
“Dengan penyerahan 3D Bioprinter ini, penyelidik UKM kini berpeluang untuk mengoptimumkan potensi peralatan berteknologi tinggi ini bagi membantu penyelidikan dan inovasi dalam bidang perubatan regenerative,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Idzu juga mengumumkan penawaran program Diploma in Regenerative Medicine hasil kerjasama Cell Tissue dengan American Board of Regenerative Medicine (ABRM) dan UKM melalui Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM) bermula tahun hadapan.
Biasiswa Dr. Idzu Baharin High Impact Innovation khusus untuk penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Phd) bertujuan melahirkan generasi penyelidik yang seterusnya dapat membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa bakal ditawarkan kepada pelajar.
Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Timbalan Dekan HEJIM Prof. Dr. Marina Mat Baki, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee, Ketua Jabatan CTERM Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mh Busra, Pegawai Saintifik Utama CELLINK Dr. Itedele Namro dan Ketua CELLINK Asia Pasifik Ms. Tomoko Bylund.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tipu Kalau Saya Tak Tahu Mengenai Pergolakan Itu, Tetapi…,” – Erra Fazira Simpati Perceraian Engku Emran, Laudya Chnthia Bella

Primadona, Erra Fazira enggan mencampuri urusan rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran bersama aktres terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang sudah pun terlerai baru-baru ini.
Katanya lagi, dia mengetahui akan hal yang berlaku tetapi ia tidaklah secara mendalam.
“Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya.
“Tipu lah kalau saya tidak tahu mengenai pergolakan yang berlaku sedikit sebanyak, tetapi secara mendalam saya tidak tahu dan tidak mahu tahu.
“Saya tak nak korek pun, hanya tahu cerita dasar sahaja. Itu bukan cara saya untuk korek dan salah saya kalau nak ambil tahu,” katanya kepada MH.
Bintang filem Wangi ini turut menambah, dia dan bintang Seberang itu ada berhubungan, tetapi hal yang dikongsi juga tidaklah terlalu terperinci
“Sebagai wanita kami ada berbicara menerusi teks, tapi hanya perkara-perkara umum sahaja, tidak begitu terperinci.
“Bella juga tidak bercerita lebih kepada saya. Memang kami rapat tapi tidaklah selalu berhubung,” jelasnya yang mengakui ada menitipkan nasihat buat Bella.
“Saya pun wanita dan ada beri semangat kepadanya melalui mesej. Tiada siapa yang mahukan perceraian, saya pun pasti Bella dan bekas suami pun begitu.
“Mereka dah cuba tapi itulah ketentuanNya,” katanya lagi.
“Bagi saya,di dalam setiap pahit pasti ada hikmah dan manisnya. Allah uji sebab Allah sayang dan ada la ganjaran itu. Bersabar sahaja.
Erra ditemui di majlis pelancaran sebagai duta produk penjagaan rambut Faith Fleur di Menara KL, pada Isnin.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI