“InsyaAllah, saya sudah pasang niat untuk bawa ibu pergi umrah.” Itu perkongsian dari Sophia Liana, apabila ditanya mengenai apakah yang ingin dilakukan dengan wang kemenangan menerusi program Dansa Dan Sing yang sudah pun melabuhkan tirai pada Ahad.

Dipancarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, Sophia bersama ‘troopernya’, Budak Ngam berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi selepas berjaya mengetepikan 5 finalis lainnya.

“Niat Pertama Andai Bergelar Juara,” – Raih RM100k Juara Dansa Dan Sing, Sophia Liana Pasang Hajat Tunai Umrah Bersama Ibu

“Itu adalah niat saya yang pertama andai bergelar juara. Alhamdulillah ia dimakbulkanNya. InsyaAllah nak bawa dia bersama tunai umrah.

“Bila sudah dapat hadiah berkenaan, insyaAllah itu adalah perkara pertama yang akan dilakukan,” katanya jujur.

IKLAN

Sementara itu, bintang yang sebelum ini terlebih dahulu bergelar penari sebelum aktif dalam ‘rapping’ dan nyanyian bersama kumpulan De Fam menafikan dirinya kurang versatil dalam nyanyian kerana hanya fokus pada rap dan hip-hop semata.

“Niat Pertama Andai Bergelar Juara,” – Raih RM100k Juara Dansa Dan Sing, Sophia Liana Pasang Hajat Tunai Umrah Bersama Ibu

Sebaliknya, pemilik nama lengkap Sophiatul Liana Mohamed Sobri ini jujurnya lebih selesa untuk menonjolkan kelebihan yang ada pada diri.

IKLAN

“Bukan saya tidak versatil, akan tetapi rasanya tidak salah untuk saya tonjolkan siapa diri saya. Cuba untuk menjaga ‘branding’ Sophia Liana itu sendiri.

“Sebabnya kalau saya mahu jadi orang lain, ia seperti dibuat-buat di depan lensa televisyen. Malah rasanya, setakat ini belum ada mana-mana pertandingan yang turut menampilkan finalis rapper perempuan.

“Bagi saya, adalah lebih baik untuk kita kembangkan lagi cara melihat sesebuah pertandingan atau persembahan dengan lebih luas,” jelasnya optimis.

IKLAN

Sementara itu, bintang remaja Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew diumum sebagai naib juara sementara Shiha Zikir & Team Squad yang berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi di kedudukan ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula dimenangi oleh Wani Kayrie & Delitz, Waris & Alamak dan Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad.

Kesemua mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

“Niat Pertama Andai Bergelar Juara,” – Raih RM100k Juara Dansa Dan Sing, Sophia Liana Pasang Hajat Tunai Umrah Bersama Ibu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI