Pelakon Jasmine Suraya menyambut baik dan menghargai kesudian Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil yang mahu mengkaji lebih lanjut mengenai isu tajaan pengajian yang disuarakan olehnya, baru-baru ini.

Terdahulu, Jasmine atau nama penuhnya, Jasmine Suraya Chin, berkongsi azamnya untuk ke Los Angeles, Amerika Syarikat selama setahun untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ‘method acting’.

Bagaimanapun, Jasmine mengakui ada memohon tajaan daripada beberapa pihak, namun akur apabila ia tidak melepasi ke fasa seterusnya.

“Dalam temu bual bersama rakan media, saya akui ada memohon tajaan pendidikan. Namun tidaklah sehingga tahap meminta-minta. Cuma hanya mencuba nasib.

“Sekiranya diterima, syukur dan apabila tidak diterima, saya memang sudah bersedia awal dari segi kos dan perbelanjaan pengajian,” katanya.

Tambah Jasmine, dia turut menjual beberapa aset bagi tujuan pengajian di sana.

Ads

“Semua kos pengajian adalah daripada duit saya sendiri. Hasil simpanan, jualan aset dan kerja keras saya.

“Niat saya memohon tajaan bukanlah bererti untuk mengambil kesempatan, sebaliknya jika diluluskan, sekurang-kurangnya saya boleh berjimat untuk perbelanjaan lain di sana nanti,” katanya lagi.

Namun, Jasmine terkilan apabila kenyataannya itu disalah erti, seolah-olah dirinya menggunakan tiket sebagai selebriti untuk meraih perhatian pihak kementerian berkaitan.

Ads

“Niat Saya Bukanlah Untuk Ambil Kesempatan, Sebaliknya…,” – Jasmine Suraya Sambut Baik Isu Tajaan Pendidikan Dapat Perhatian Menteri “Niat Saya Bukanlah Untuk Ambil Kesempatan, Sebaliknya…,” – Jasmine Suraya Sambut Baik Isu Tajaan Pendidikan Dapat Perhatian Menteri

“Ingin saya jelaskan disini, saya meluahkan pendapat di mana anak seni yang mempunyai potensi besar serta mendapat tawaran melanjutkan pengajian di universiti hebat juga mungkin boleh dipertimbangkan permohonan tajaan mereka.

“Saya juga ada berkongsi kegusaran saya untuk anak-anak Malaysia lain yang mempunyai bakat namun tidak berkemampuan juga harus diberikan peluang menerima tajaan pendidikan terutamanya di universiti ternama.

Ads

“Mana tahu satu hari nanti mereka mampu mengharumkan nama negara dan menyumbang kepada ekonomi negara terutamanya dalam bidang perfileman,” katanya.

Justeru Jasmine berharap, penjelasan ini membuka mata semua pihak di mana setiap orang termasuk anak seni lain juga layak diberikan peluang menerima tajaan pendidikan menerusi saluran yang betul.

Bercerita mengenai tawaran pengajiannya itu, Jasmine yang bakal melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theatre and Film Institute di Los Angeles merupakan satu-satunya anak Malaysia yang diterima untuk pengambilan kali ini.

Untuk rekod, Institusi berkenaan pernah melahirkan alumni hebat bertaraf bintang seperti Lady Gaga, Angelina Jolie, Scarlett Johansson dan ramai lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI