Pelakon,pengacara dan Penyanyi, Datuk Ac Mizal berkolaborasi dengan syarikat penyedia makanan, Pollo Mendi.

Katanya, dia tertarik dengan konsep yang dibawakan Pollo Mendi yang akan bertanggungjawab untuk membangunkan strategi pemasaran dan pembangunan jenamanya.

“Saya sangat tertarik dengan konsep tidak perlukan chef yang dibawakan oleh Pollo Mendi.

 

“Ditambah lagi dengan cara penyediaan makanan yang mudah membuat orang macam saya yang langsung tak reti memasak ini, yang masak air pun boleh hangus, jadi tukang masak hebat sekelip mata.

 

“Senang cerita, niat je dah sampai makanan. Hehehe..tak adalah tapi penyediaan makanan memang mudah, cepat dan yang penting, sedap,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Ac turut berkongsi sebab dia menjadi rakan kongsi dalam projek tersebut.

Ads

“Niat Saya Cuma Ingin Membantu Orang…,”- Datuk Ac Mizal!

Ads

“Makanannya sedap dan halal, malah Pollo Mendi juga turut menbantu golongan bumiputera bagi memiliki restoran mewah pada harga mampu milik yang mempunyai sistem operasi yang tersusun.

 

“Niat saya cuma ingin membantu orang, bukan sahaja memberikan keutungan tapi juga membuka peluang pekerjaan pada orang lain,” katanya lagi.

Antara kelebihan Pollo Mendi ialah semua makanannya dibekalkan sepenuhnya oleh ‘Central Kitchen’ yang mempunyai sijil halal demi menjaga rasa dan kualiti makanan itu sendiri.

Ads

Untuk pengetahuan, Pollo Mendi ditubuhkan pada tahun 2015, merupakan salah satu anak syarikat kepada Brainy Bunch SDN BHD iaitu pemilik rangkaian tadika Brainy Bunch Islamic Montessori.

Foto/Instagram: Datuk Ac Mizal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI