“Niat Untuk Menginsafkan Atau Memalukan…?,” – Video Suami Pertahan Isteri Selepas Ditegur Kerana Aurat, Izara Aishah Beri Pandangan

Share

Baru-baru ini, viral sepotong klip video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan tindakkan seorang lelaki yang menegur seorang wanita dikhalayak ramai kerana dikatakan berpakaian agak seksi.

Kemudian, suami kepada wanita tersebut tampil mempertahankan isterinya dengan bersemuka dengan lelaki berkenaan sehingga mencetuskan suasa tegang.

Video tersebut nyata ngundang reaksi daripada pelbagai pihak. Antara yang turut sama berkongsi pandangan termasuklah pelakon jelita, Izara Aishah.

Jelas Izara, sekiranya ingin menegur, seeloknya tindakkan tersebut dilakukan oleh kaum jantina yang sama dengan cara yang berhemah.

“Kalau ye nak tegur sangat sebetulnya minta yang wanita dari kenalan pak cik tegurkan. Si suami ni dah la mualaf. Dia marahkan pak cik tu kerana tak hormatkan isterinya. Sebab itu dia tak dapat nak kawal kemarahan.

“Kesian. Ada yang kata pak cik terima bisikan allah untuk menegur gitu. Adui la,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem J Revolusi itu menerusi beberapa ciapan di laman Twitter.

“Nak buat macam mana bukan saya yang letak syarat gitu. Tegur generally dan tegur secara individu lain. Salah perempuan tak menutup aurat memang salah.

“Hina mana pun dia kita yang nak menegur ni kena la buat prangai menginsafkan dia,” kongsinya lagi.

Katanya lagi, teguran tersebut hendaklah dilakukan bagi tujuan menginsafkan dan bukan memalukan.

“‘Tak malu ke pakai macam ni?’ Adalah cara menegur yang anda banggakan? Setelah menegur masih pandang-pandang.

“Niat untuk menginsafkan atau memalukan?,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar semua pihak dapat lebih peka untuk menangani permasalahan seperti ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram & Twitter Izara Aishah

Published by
MH