Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga adik kepada Syatilla Melvin, Syida yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 20 Februari lalu.
Berkongsi berita gembira dan penuh syukur itu menerusi Instagram, Syida atau nama sebenarnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin,23, ini menjelaskan, puterinya itu dilahirkan dengan berat 3.47 kilogram tepat jam 3.56 petang.
Dia yang kini turut bergelar usahawan itu juga turut berkongsi nama anak sulungnya itu.
“Alhamdulillah, MashaAllah MashaAllah. Terima kasih pada yang mendoakan.
“Kebetulan sangat-sangat yang due date Safeera memang harini, date santekkk hehe!
Ads
“Ibu & daddy nikah 19.1.19, babygirl keluar at 20.2.20.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah,” tulisnya yang turut merancang untuk berkongsi cerita mengenai proses bersalin bersama para pengikutnya di media sosial.
Untuk rekod, Syida dan suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 31, yang juga anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid mendirikan rumah tangga pada 19 Januari tahun lalu di Pulau Pinang.
Foto: Instagram Syida Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan pengasas serta pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina amat berbesar hati untuk mengakan majlis berprestij, Anugerah AINAA Super Seven Awards bagi menghargai usaha dan penat lelah para usahawan di bawah syarikat mereka, Ainaa Beuty.
Menurut Hafiz, dia mahu para usahawan ini merasai sendiri pengalaman untuk berada di majlis-majlis besar yang selalu ditonton di televisyen.
“Alhamdulillah, kami sangat gembira kerana tak sangka boleh mengadakan satu majlis anugerah dengan suasana berprestij buat orang-orang susah tapi rajin berusaha.
“Mungkin mereka hanya mampu melihat di tv sahaja majlis-masjlis anugerah seperti ini dan untuk merasai sendiri, seperti angan-angan sahaja.
“Alhamdulillah, acara ini saya wujudkan untuk para usahawan ini merasai sendiri. Inilah perasaan yang dirasai oleh orang-orang ternama,” katanya kepada MH.
Hafiz dan Ainaa ditemui selepas selesai acara tersebut yang berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Katanya lagi, idea untuk mengadakan acara besar ini tercetus selepas dia memenangi anugerah bagi kategori pempengaruh pada tahun lepas.
“Saya rancang mengenai acara ini ketika memenangi dua anugerah influencer tahun lepas. Selepas pulang daripada acara tersebut, saya bagitahu isteri yang saya juga nak buat majlis seperti ini.
“Bulan Julai kita adakan perbincangan dan sekitar bulan Oktober, kita mulakan perlaksaan program ini. Maka, terjadilah hari ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Hafiz enggan mendedahkan jumlah kos keseluruhan acara ini sebaliknya hanya memberikan gambaran ia mencecah jutaan ringgit.
“Kebiasaannya, saya tidak akan mendedahkan soal jumlah karana bimbang bila melibatkan wang ini, persepsi orang lain-lain.
“Alhamdulillah kami memang ada menyediakan peruntukkan bajet. Berapa pun nilainya, asalkan usahawan-usahawan kita gembira.
“Ia memang mencecah angka juta itu. Untuk acara malam ini sahaja tidak termasuk hadiah, ia mencecah ratusan ribu,” katanya lagi.
Sementara itu, Ainaa juga terharu apabila jenama ini mampu bertahan sehingga hari ini dan telah membantu ramai usahawan mengubah hidup.
“Kami berdua memang tidak menyangka akan sampai ke tahap tujuh tahun ini. Nak jaga usahawan yang ramai ni pun tidak mudah.
“Namun, saya bersyukur Allah berikan kebolehan buat kami untuk sama-sama membawa usahawan sehingga tahap ini.
“Saya gembira melihat pencapaian mereka. Perkembangan para usahawan ini juga sangat membanggakan. Ini perkara yang patut kita hargai. Tanpa mereka, kami tidak akan berada di sini,” katanya.
Antara hadiah yang dimenangi oleh usahawan-usahawan ini adalah satu pakej haji, dua buah kereta Perodua Axia, 21 pakej umrah, 3 pakej percutian Maldives serta lebih dari 10 buah iPhone 15 Pro.
Majlis anugerah tersebut juga telah menyaksikan persembahan-persembahan hebat dari penyanyi popular Ernie Zakri, ratu rock Ella serta band kegilaan ramai Bunkface.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seniwati, Fauziah Ahmad Daud memaklumkan sahabatnya yang juga merupakan pelakon senior, Aripah Damanhuri telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Fauziah menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, sebagai rakan industri, dia sememangnya amat menghormati keperibadian Aripah selama ini.
“Seniwati Aripah Damanhuri telah pulang kepada ya Khaliq. Seniwati yang saya hormati. Allahyarhamah merupakan kakak kepada seniwati Normah Damanhuri.
“Ya Allah ampunilah dia. Belas kasihanilah dia. Hapuskanlah dan ampunilah segala
dosa-dosanya. Tempatkan dia bersama para-para syuhada. Aamiin Allahumma Aamiin.
“Takziah buat seisi keluarga. Allahyarhamah Aripah Damanhuri,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, Fauziah turut menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Aripah selain turut mendoakan semoga mereka diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih diatas perkhabaran tersebut.
Sekadar informasi, Allahyarham Aripah merupakan kakak kepada pelakon senior yang kini sedang membintangi filem 3 Janda Melawan Dunia, Normah Damanhuri.
Beberapa minggu lalu, Normah memaklumkan kakaknya itu telah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fauziah Ahmad Daud
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memetik laporan Harian Metro, pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz disahkan positif wabak Covid-19 selepas mengalami gejala demam panas sejak tiga hari lalu.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini.
“Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat wabak ini,” jelasnya seperti yang dipetik.
Sumber : Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited...