Nikah 6 Februari Ini : “Apa Yang Boleh Saya Kongsi, Tarikh Pernikahan Masih Tak Berubah. Cuma…” – Harris Alif

Share

Hos dan penyanyi, Harris Alif memaklumkan majlis pernikahan dengan pelakon Intan Ladyana yang dijadual berlangsung pada 6 Februari ini akan tetap diteruskan seperti biasa.

Bagaimanapun, sekiranya berlaku perubahan tarikh pihaknya akan memaklumkan kepada semua.

“Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan tarikh pernikahan masih tidak berubah cuma kalau ada apa-apa perubahan saya akan maklumkan.

“Cuma buat masa ini saya dan Intan sedang menunggu prosedur operasi standard (SOP) baru yang akan dikeluarkan kerajaan supaya kami dapat merancang untuk persiapan perkahwinan kami yang akan diadakan di sebuah masjid di Kuala Lumpur,” katanya, menerusi laporan Harian Metro.

Menurut Harris, susulan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula semalam hingga 26 Januari di enam negeri serta Pengisytiharan Darurat sehingga Ogos, dia mengakui sukar untuk memberikan jawapan berkenaan persiapan perkahwinannya ketika ini.

“Sekarang ini nak jawab apa pun saya tak tahu. Kita tak boleh jangka sama ada PKP bersambung atau tidak.

“Berkenaan persiapan majlis pernikahan dan resepsi kami tunggu SOP baru keluar, kemudian baru fikir sama ada nak tangguh atau teruskan.

“Susah nak beri jawapan sekarang sebab hari ini baru hari pertama PKP,” katanya yang baru muncul dengan single, Anugerah ini lagi.

Terdahulu, pasangan ini megumumkan akan disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan dan perkara tersebut dikongsikan mereka menerusi sidang media istimewa yang diadakan secara atas talian, awal Januari lalu.

Keduanya dijadualkan bakal bernikah di sebuah masjid di Kuala Lumpur diikuti majlis resepsi di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Foto: Instagram Harris Alif

Published by
MH