Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani dan pembantunya yang dikenali sebagai IM telah ditahan polis pada Selasa tanggal 4 Mac 2025 selepas disyaki terlibat dalam kes ugutan, pemerasan dan pengubahan wang haram melibatkan seorang usahawan produk kecantikan terkenal, Reza Gladys.
Setelah disoal siasat, Nikita dan pembantunya dilihat keluar daripada balai polis dengan meyarungkan baju jel rona oren dibahu. Walaupun begitu dia tidak memberi sebarang jawapan terhadap soalan yang ditanya kepada media tempatan.
Menurut laporan yang dibuat oleh Reza Gladys pada 3 Disember 2024, Nikita dan pembantunya, didakwa mengugut dan memeras wang selepas menjelekkan nama serta produk milik usahawan itu di siaran langsung TikTok.
Tidak hanya itu, Reza juga mendakwa bahawa pada 13 November 2024, dia cuba menghubungi Nikita menerusi pembantu peribadinya untuk berbincang secara baik. Namun, jawapan yang diterima penuh dengan ancaman.
Kerana rasa terancam, Reza mengaku telah memindahkan wang sebanyak Rp2 bilion ke akaun yang diarahkan oleh Nikita. Beberapa hari kemudian, dia mendakwa sekali lagi diminta untuk menyerahkan wang tunai sebanyak Rp2 bilion lagi!
Dengan semua dakwaan ini, Nikita dan IM kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.
Sebelum ini, Nikita dan pembantunya telah dipanggil polis untuk siasatan pada 20 Februari 2025, tetapi mereka meminta untuk dijadualkan semula ke 3 Mac. Malangnya, pada tarikh baru itu, mereka sekali lagi tidak hadir.
Menurut Kabid Humas Polda Metro Jaya, Kombes Ade Ary Syam Indradi, Nikita dan pembantunya akhirnya menyerah diri di Polda Metro Jaya pada jam 10.00 WIB untuk menjalani siasatan.
“Kedua-dua suspek disoal siasat sebagai suspek kerana disyaki melakukan perbuatan jenayah ugutan dan peras ugut melalui media elektronik dan/atau peras ugut dan/atau pengubahan wang haram yang berlaku pada 13 November 2024 di Jakarta Selatan,” katanya,” kongsinya kepada media..
Kini, selebriti berusia 38 tahun itu dan pembantunya akan direman selama 20 hari untuk membantu siasatan.
Imbas kembali perjalanan kerjayanya, pemilik nama penuh Nikita Mirzani Mawardi ini mula berlakon pada 2010 dan telah membintangi pelbagai filem dan sinetron.
Memiliki jutaan pengikut di media sosial, dia dilihat lebih banyak menghasilkan kandungan digital. Antara lakonannya yang terbaharu adalah menerusi filem Tuhan Izinkan Aku Berdosa atau dikenali dengan judul Harlot’s Prayer di saluran penstriman Netflix.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: CNN Indonesia, Sindonews