Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.
Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu kenyataan penuh emosi telah dimuat naik ke akaun media sosialnya oleh staf peribadinya.
Menurut hantaran tersebut, kenyataan itu telah ditulis oleh Nikita dua hari sebelum ulang tahunnya dan kemudiannya ditulis semula dan dikongsikan pada tengah malam Ahad, 16 Mac.
Dalam catatan itu, Nikita menekankan bahawa manusia tidak perlu sentiasa positif setiap hari dan perlu memberi ruang kepada diri sendiri untuk merasai emosi yang datang.
“Tidak mengapa jika dirimu tidak gembira dan positif setiap hari. Dirimu bukan robot, dirimu manusia yang mempunyai emosi. Dirimu perlu memberi diri sendiri masa untuk berehat dan membiarkan diri merasakan apa sahaja yang sedang dirasai serta mengatasinya,” ujarnya.
Dia turut mengingatkan agar tidak terlalu keras terhadap diri sendiri dalam usaha mencari penerimaan orang lain.
Ads
“Jangan terlalu keras terhadap dirimu sendiri! Dirimu tidak perlu menjadi cukup baik hanya untuk orang lain mencintaimu. Cukuplah baik untuk dirimu sendiri, supaya orang lain mencintaimu,” kongsinya menasihati tentang pentingnya menyayangi diri sendiri.
Selain itu dalam mesej ulang tahunnya, Nikita turut menegaskan dirinya sebagai seorang wanita yang kuat dan tidak pernah merugikan negara atau mengambil wang rakyat.
Ads
“Selamat ulang tahun untuk diriku. Selamat ulang tahun untuk wanita kuat, wanita yang tidak merugikan negara dan tidak mengambil wang rakyat. Saya akan terus berjuang untuk kebenaran!” akhirnya.
Selebriti kontroversi ini kini berdepan dengan tuduhan pemerasan dan pengubahan wang haram. Menurut kenyataan polis sebelum ini, Nikita dijadualkan menjalani tahanan sehingga 24 Mac 2025.
Walaupun sedang ditahan, akaun media sosialnya masih aktif dengan pelbagai muat naik, termasuklah iklan produk yang menggunakan khidmat Nikita yang diuruskan oleh para pekerjanya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ruhainies nyata memberikan komitmen baik apabila dilihat kembali bekerja apabila telah pun menjalani penggambaran untuk sebuah acara festival sempena Aidilfitri tahun ini.
Kekal tenang, Ruhainies, 32, turut menjawab pertanyaan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang turut menjalani penggambaran sama.
Aliff bertanya mengenai sumber kekuatannya dan Ruhainies menjelaskan, dia komited dalam hal kerja dan tahu akan kebenaran yang berlaku.
“Satu, sebab kerja. Saya sangat komited kepada kerja. Kedua, bila kita di pihak yang benar, mestilah kita tak takut. Jadi, berani kerana benar,” katanya ringkas.
Dalam klip video sama, Ruhainies juga nampak tenang meski namanya terpalit kontroversi apabila didakwa melakukan khalwat dengan rakan pelakon, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, menerusi laporan media, Ruhainies menafikan hubungan istimewa yang wujud di antaranya dengan Aliff, sebaliknya mereka hanya sebagai rakan yang mengenali sejak lebih 10 tahun lalu.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada kepada pelakon sinetron Indonesia, Erlina Oktarini menyifatkan anaknya, Allahyarhamah Hanna Kirana sebagai permata hati yang baik dalam keluarga.
Memetik InsertLive.com, arwah juga gadis peramah dan sangat menyayangi adik beradiknya yang lain.
“Hanna boleh digambarkan sebagai anak yang baik di rumah. Dia seorang yang peramah dengan semua orang. Dia juga cukup sayangkan adik-beradiknya yang lain.
“Dia mungkin ada hasrat untuk membahagiakan keluarga, tapi hayatnya tidak panjang,” katanya seperti yang dipetik pada Rabu.
Menurut ibunya lagi, jenazah dimakamkan berdekatan pusara neneknya.
Dalam pada itu, Erlina yang reda atas pemergian anak tersayang turut mendoakan agar roh Hanna dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
“Doa dari mama untuk Hanna mudah-mudahan anak mama Hanna pergi dalam keadaan khusnul khotimah, kami semua sudah ikhlas kerana kami terlalu sayangkannya, dia anak yang baik,” titipnya lagi.
Terdahulu, media tempatan melaporkan bintang remaja itu dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan jantung di sebuah hospital di Bogor, Indonesia, Selasa malam.
Nama pelakon terbabit mula menjadi perhatian sekitar Jun lalu selepas menggantikan Lea Ciarachel dalam sinetron berjudul Suara Hati Istri: Zahra.
Sumber: InsertLive.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...