Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.
Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu kenyataan penuh emosi telah dimuat naik ke akaun media sosialnya oleh staf peribadinya.
Menurut hantaran tersebut, kenyataan itu telah ditulis oleh Nikita dua hari sebelum ulang tahunnya dan kemudiannya ditulis semula dan dikongsikan pada tengah malam Ahad, 16 Mac.
Dalam catatan itu, Nikita menekankan bahawa manusia tidak perlu sentiasa positif setiap hari dan perlu memberi ruang kepada diri sendiri untuk merasai emosi yang datang.
BACA JUGA: Nikita Mirzani Dan Pembantu Peribadi Ditahan Polis, Terkait Kes Peras Ugut Dan Pengubahan Wang Haram
“Tidak mengapa jika dirimu tidak gembira dan positif setiap hari. Dirimu bukan robot, dirimu manusia yang mempunyai emosi. Dirimu perlu memberi diri sendiri masa untuk berehat dan membiarkan diri merasakan apa sahaja yang sedang dirasai serta mengatasinya,” ujarnya.
Dia turut mengingatkan agar tidak terlalu keras terhadap diri sendiri dalam usaha mencari penerimaan orang lain.
“Jangan terlalu keras terhadap dirimu sendiri! Dirimu tidak perlu menjadi cukup baik hanya untuk orang lain mencintaimu. Cukuplah baik untuk dirimu sendiri, supaya orang lain mencintaimu,” kongsinya menasihati tentang pentingnya menyayangi diri sendiri.
Selain itu dalam mesej ulang tahunnya, Nikita turut menegaskan dirinya sebagai seorang wanita yang kuat dan tidak pernah merugikan negara atau mengambil wang rakyat.
“Selamat ulang tahun untuk diriku. Selamat ulang tahun untuk wanita kuat, wanita yang tidak merugikan negara dan tidak mengambil wang rakyat. Saya akan terus berjuang untuk kebenaran!” akhirnya.
Selebriti kontroversi ini kini berdepan dengan tuduhan pemerasan dan pengubahan wang haram. Menurut kenyataan polis sebelum ini, Nikita dijadualkan menjalani tahanan sehingga 24 Mac 2025.
Walaupun sedang ditahan, akaun media sosialnya masih aktif dengan pelbagai muat naik, termasuklah iklan produk yang menggunakan khidmat Nikita yang diuruskan oleh para pekerjanya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan